Pages

Sunday, 29 December 2013

~ Kau Insan asing buat aku ~


~ Janji Allah itu pasti ~


Kau Insan asing buat aku,
kau hadir dalam lembaran hidup ku lalu mengambil ku dari kedua orang tua ku.

kau insan asing buat aku,
si pemilik hati setelah Allah dan Rasul,
tp tidak asing dalam Luh Mahfuz itu,
cuma kita baru bertemu.

Kau insan asing buat aku,
melafazkan akad di hari pernikahanku,
lantas diri ini menjadi milikmu.

kau insan asing buat aku,
kini menjadi sebahagian diriku,
si pengemudi bahtera rumah tanggaku,
kau lah Insan dipilih Allah buat aku.

Aku bergelar isterimu,

tulang rusuk kirimu yang bengkok dan rapuh
,
disebalik kelamahanku..kau memiliki kelebihan itu.

aku bergelar isterimu,
ketika sayangmu sudah hilang,
lihatlah aku pada sudut tanggungjawab.
jika tanggungjawab dilihat sebagai beban,
lihatlah aku sebagai Amanah Allah buat mu.

Tuesday, 24 December 2013

kahwin ????

alhamdulilah...Disember nie musim cuti sekolah bermakna musim orang kahwin la kan ?? iya ke tidak ? ^_^ Mungkin... waktu petang macam nie tak boleh fokus dah nak study....tapi ku gagahkan diri meneruskan baki minggu ulangkaji yang ada demi tanggungjawab ku sebagai pelajar ^_^... lalu ku membuat keputusan untuk bertinta soal nikah. Ntah kenapa..mungkin tiba masa nya kita berfikir perkara ini secara serius ...matang bukannya hanya melibatkan isu cinta semata-mata.


  ~~~~  Wanita dinikahi kerana empat faktor, yakni kerana harta kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Hendaknya pilihlah yang beragama untuk berkat kedua tanganmu. (HR. Muslim) ~~~~

menukilkan sebagai sekadar sebuah perkongsian..

bertinta tentang "Nikah" atau "Kahwin" membuatkan aku bertanya-tanya..apakah pernikahan itu seindah yang manusia gambarkan..dan adakah perjalanan nya seindah yang dimimpikan. Pastinya tidak..Tidak ! bagi aku..nikah ialah sebuah permulaan bagi seorang lelaki dan wanita dewasa yang akan menjalani hidup sebagai seorang suami isteri. Si lelaki akan mengalas tanggungjawab sebagai suami manakala si isteri akan membantu suami dalam usaha suami melaksanakan amanah Allah yang bernama isteri.

Kadang malu berfikir soal nikah. Diri ini belum layak berbicara soal nikah jika soal cinta aku masih terkapai-kapai mencari cinta Allah. Allah aku masih berfikir... Masih berfikir...apakah perasaan seorang isteri yang mendengarkan lafaz akad dari seorang lelaki yang akan menjadi imam buat diri nya ?? apakah diri bersedia ??? dan apakah perasaan seorang isteri yang mendengarkan lafaz talak dari suaminya ???

Diri mu seorang wanita.. insan lemah pada emosi. dipujuk dirayu rebah terkulai. wanita..jika kau sudah terfikir tentang cinta..maka fikirkanlah soal pernikahan. Jika kau fikirkan soal pernikahan..jangan kau pinggirkan soal keredhaan.

Ramai anak muda hari ini yang sibuk dengan perkataan nikah muda. Untuk apa ? kononnya untuk menjauhi maksiat. Untuk menghalalkan yang haram. Alhamdulilah jika itu jalan terbaik sila teruskan. Tapi apakah kau bersedia membantu memikul bebanan si suami ? cukupkah kau menyiapkan diri mu sebagai seorang isteri solehah yang akan membangunkan suami untuk menjadi imam solat tahajud juga solat subuh mu ? 
 Allah..angan-angan punyalah bnyak..lebih banyak daripada timbunan usaha membaiki diri yang kita ada.

~ seorang wanita muslimah ibarat madrasah(sekolah ) kepada anak - anak yang bakal dilahirkan kelak. ~ 



Kita wanita...bertanggungjawab terhadap anak-anak yang akan kita lahirkan. sebelum itu kita bertanggungjawab melihat siapa yang akan menjadi bapa buat anak-anak kita. Yakin janji Allah ?? pasangan mu terdiri daripada seseorang yang hampir dengan dirimu. Apa yang dimaksudkan dengan hampir ? Abstrak...kabur maksudnya tapi nilai ia dengan mata hati. Hampir itu boleh jadi ia pada "jarak" ....hampir itu juga boleh jadi sesuatu yang dekat dengan sifat kita sendiri. Sifat ???? bagaimana dengan perilaku kita...???

adakah kita berusaha dalam mencapai redha Nya ?? Apa usaha kita ?? bagaimana perancanganmu bersama si dia ?
oleh itu,....ayuh diri...ayuh sahabat..ayuh wanita,..kita baiki diri..siapkan diri..jangan terlalu manja...jangan terlalu lemah. ! 

tinta yang banyak soalan >_< asiff jiddan...mungkin tinta merapuh.....mengisi ketidakfokusan yang ada pada petang hari study week.

Thursday, 19 December 2013

Diari Untuk Ahmad Ammar



Alhamdulilah..dalam banyak-banyak "taman syurga"...taman syurga ini yang terdetik dikongsikan dalam tinta kali ini. Saudara Ahmad Ammar. si Syahid muda dari Malaysia yang dikebumikan di bumi Turki bersama para Syuhada dan sahabat Nabi Muhammad S.A.W.


meskipun Ammar sudah tiada..ayahanda dan ibundanyalah yang akan meneruskan kerja dakwah yang diimpikan oleh Ammar.

"syurgalah tempat rehat yang sebenar" antara ungkapan yang pernah disampaikan oleh Ammar kepada ayahnya. Encik Ahmad Azam datang ke USM bersama insan yang melahirkan si Syahid Ammar iaitu Puan Azlina. Dulu En Azam merupakan mantan Angkatan Belia Islam Malaysia manakala Ibu Ammar pula pernah menjadi pendidik sebelum meneruskan gerak kerja dakwah dan kemanusiaan yang berkaitan dengan Rohingya. Penyampaian pertama akan disampaikan oleh Bapanya berkaitan matlamat yang ditanam di dalam diri Ammar oleh ayahnya sendiri manakala ibunya akan menceritakan keperibadian Ammar bukan untuk mengangkat Ammar sbg anak mereka. 

Penyampaian Bapa Ammar :

wawasan Hidup yang ditekankan kepada Ammar sejak kecil ada dua aspek  iaitu wawasan untuk Ummah dan Wawasan untuk Akhirat. menyerahkan seluruh kehidupan untuk jalan dakwah merupakan perkara utama yang dihidupkan subur dalam dir Ammar.

bapa Ammar mengatakan jika kita menjadi Dr..jadilah Dr yang Ummatik...jika kita jadi pensyarah, jadilah pensyarah yang ummatik,,,ringkasnya apapun cita-cita kita..biarlah kita menjadi Ummatik yang selalu mendekati Ummah untuk medan dakwah. begitu jugalah yang ditekankan kepada Ammar. meskipun Ammar hebat dalam akademik yakni bidang sains..tapi ibubapa Ammar melihat keperluan sejarah dari perspektif islam. Barat tidak mahu umat islam mengkaji sejarah kerana di sebalik sejarah islam yang kita kaji itu..kita akan mendapati bahawa Islam pernah ngah suatu ketika dahulu. Islam pernah gagah dibawah pemerintahan sistem khalifah..pemimpin yang berjiwa khalifah. Isu kekhalifahan ditekankan oleh bapa Ammar.

Barat sama sekali tidak mahu kita mengkaji sejarah Uthmaniah sehinggakan anak muda di sana hari ini buta sejarah. Misi ini telah diterap sejak dia sekolah rendah sehingga berumur 16 tahun. Matlamat dia jelas. Rezeki Ammar semasa berumur 16 tahun yang dapat memasuki Maktab tentera dilihat satu lagi aspek yang perlu sebagai seorang muslim masa kini. menurut mereka..Ammar telah dihantar ke kelas seni mempertahankan diri..berenang dan tibalah masanya disiplin Ammar dimantapkan lagi dengan kemasukan ke Maktab Tentera. 

semasa Ammar mengikuti misi kemanusian menghantar bantuan ke Syiria...jiwa Ammar bergolok antara "mengangkat senjata" ataupun "meneruskan amanah ibubapa untuk mendalami sejarah Islam". Senjata bagi seorang pelajar Maktab tentera adalah perkara yang kecil demikian kata Bapa Ammar. Dalam jiwa yang sedang bergolak itu..disitulah Ammar bermimpikan bertemu Bidadarinya. Dan semangat mati syahid itu semakin berkobar-kobar dalam diri Ammar.( AllahuAkhbar.)..atas kematangan fikiran yang ada..Ammar memilih untuk meneruskan amanah Ibubapanya dan kembali ke Turki meneruskan pengajian.

bapa Ammar diberi tahu oleh Prof dan guru2 Ammar di Turki bahawa hari kemalangan dan kematian Ammar adalah hari pertama dia akan menjadi guru. Ammar yang berjaya mentafsir risalah An-Nur telah dibenarkan untuk mengajar oleh guru2nya dan dalam perjalanan menyampaikan ilmu Allah itulah Ammar dijemput oleh Allah. Buku catatan Ammar mencatatkan tajuk pertama yang mahu disampaikan oleh Ammar ialah bab " Ikhlas". keikhlasan itu sangat penting dalam melaksanakan gerak kerja atas nama Allah.

3 masalah dalam umat islam hari ini ialah penyakit kejahilan, penyakit kemiskinan dan penyakit perpecahan. masalah mahzab yang sengaja diada-adakan antara penyakit yang telah melemahkan umat islam dan sukar mengembalikan kegemilangan kerajaan Islam. Demikian sedikit perkongsian yang disampaikan oleh bapa Ammar.

Perkongsian Ibu Ammar :

Ramai yang bertanya tentang amalan yang dilakukan oleh ibu Ammar sepanjang mengandungkan Ammar. Tiada apa yang istimewa kecuali matlamat perkahwinan dari awal perlu tepat. " Suami bukan milik seorang tapi milik Ummat. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia menjadikan bapa Ammar seorang yang sibuk dengan gerak kerja Dakwah dan inilah yang menuntut 'berdikari seorang isteri" dalam rumah tangga. (semoga aku dapat praktikkan nanti dalam berumah tangga) yakni berdikari dalam semua perkara. Ammar bukan dibesarkan oleh ibu bapanya saja tapi dibesarkan oleh jumlah keluarga yang besar. Rumah yang sederhana tapi memiliki keluarga yang besar. Menurut Puan Azlina..dia bersyukur dikurniakan ibu bapa mertua yang baik..adik-adik ipar yang baik dan dapat berkumpul dalam rumah yang sama kerna suami Pn Azlina adalah anak sulung dalam keluarga. keluarga yang besar itulah yang membentuk peribadi dan mencorak kehidupan berumah tangga mereka disamping membesarkan Ammar dan adik beradiknya yang lain.

Tindakan ibu bapa Ammar yang mengkhatankan Ammar awal mungkin menjadi penyebab Ammar matang lebih awal.(mungkin ada anak nanti boleh praktikkan) Tapi Alhamdulilah Ammar melalui zaman kanak-kanaknya sama seperti kanak-kanak yang lain yang dilengkapi dengan pelbagai kemahiran seperti seni bela diri dan berenang disamping pendidikan agama sejak kecil lagi sebelum dihantar ke Maktab Tentera.

Akhlak Ammar lah yang menjadi keunikan buat Ammar. Minat ibu bapa (sejarah islam) seiring dengan minat Ammar menjadikan Ammar sukses dalam setiap bidang yang diceburinya. kecemerlangan akademik adalah perkara kecil berbanding matlamat wawasan ummah dan akhirat yang subur dalam diri Ammar. Ammar  yang sentiasa ringan tulang untuk membantu dan sentiasa tahu keperluan orang lain. Menurut Pn Azlina..wanita dan lelaki sebaiknya kahwinlah selewatnya berumur 25 tahun. Ini kerna gerak kerja dakwah dapat diteruskan dalam usia 50 ke atas tanpa merisaukan anak-anak lagi. anak-anak da besar...diri pula masih sihat inshaAllah untuk meneruskan kerja-kerja dakwah. ~~~ InshaAllah..ya Allah permudahkan buat kami dalam mencari jodoh yang mencintai kerja dakwah..yang mencintai majlis ilmu..yang mencintai diri ini kerna mencintai MU ya Rabbi.

saya ringkaskan perkongsian Ibunda si Syahid Ammar ialah "
1 ~ matlamat rumah tangga sejak awal ialah mendapat keredhaan Allah.
2 ~ Ujian dan cabaran alam rumah tangga perlu diharungi dengan berhati-hati..teliti demi pembentuKkan akhlak anak-anak.
3 ~ selesaikan masalah rumah tangga di dalam bilik tidur. Ini bermakna keluar dari bilik..masalah perlu selesai dan dilupakan dan sedia membaiki diri dan rumah tangga.

 ~~~ Alhamdulilah..buat dirinya bergelar suami satu hari nanti...Inilah contoh keluarga sakinah. kita perlu mula dari dalam diri kita..kau dan aku bertanggungjawab untuk melahirkan lebih ramai " Ammar" yang memiliki wawasan dan matlamat yang sama untuk Ummah dan akhirat..buat dirimu..buat diriku...jadikan ia satu ikhtibar buat kita membaiki hubungan ini demi mencari redha Ilahi~~~




Thursday, 12 December 2013

Kem PGT 433

Assalamualaikum dan selamat malam buat diriku sendri >_< sebenarnya malasnya nak tulis entry bagai...macam kena buat asigment pulak da. tapi takpalah...merapuh la juga sikit-sikit meskipun punyalah malas nak buat entry..

ok..ermmmm...sekarang da masuk disember 2013. Baru-baru ni aku p camping. Alaa...perkhemahan..sem lepas kami kena teater..kali ini kami kena camping pulak..memanglah biasa camping..semua orang p camping kan tapi ini lain..teater dan camping ni termasuk dalam silibus atau subjek yang kami kena amik kat USM nie selaku bakal-bakal cikgu ^_^.

ok..saya bakal guru ! PGT 433 nama diberi subjek tu..wahhh...mulanya aku tak suka kelas tu...ntahlah sbb dia petang kowt..aku pantang kelas petang-petang nie...banyak godaan la katakan...tapi oleh sbb kena juga selesaikan camping kami tu..kena la juga datang sbb ada meeting pasal persediaan perkhemahan. Yang bestnya..kami la peserta..kami la juga urusetia ^_^. Apa lagi....

dipendekkan ceritanya..aku malas nak taip2 da...kang nanti aku tak taip lupa plak...benda ni boleh tunjuk kat anak-anak murid aku nanti" ok murid-murid..dulu cikgu ada buat blog..jenguklah ya" ok merapuh lagi...haha

oklah....kali berkhemah di Negeri Jelapang Padi iaitu Kedah di Kem Palas Titi Hayun pada 6.7.8 disember 2013. Peserta semua wanita @ cikgu-cikgu wanita,

malas da naik taip2....nah ni simpanan kenangan...





 padi mula menguning :)

 tapak berkumpul
 istimewanya kem Palas ni...ia berhadapan dengan gunung Jerai. kalau cuaca baik..ada 7 air terjun yang kita dapat nampak jelas. Tp pakai kemera murah jerrrr :( 

 kakak senior

 yang ni kak Aza,...kak lemah lembut..dia ketua ajk peralatan ^_^


 semua muslimat..no muslimin dalam kem kali ini..yeyyyy best sekali..bebas..bebas









Cikgu mimi dan Cikgu Balqis... saya akan merindui kalian suatu hari nanti







Sunday, 3 November 2013

Cuti Bersama Tugasan ke Negeri Sembilan 1

lama tak merapuh dalam "Tinta SyauQah" nie ^_^

Alhamdulilah..alhamdulilah..alhamdulilah...selesai tugasan akademik PGT 224 iaitu kursus Kaedah Mengajar Sejarah 1..skopnya tingkatan 1, 2 dan tingkatan 3. n_n

Untuk tugasan ini, aku dan 3 orang ahli kumpulan yang lain pilih tajuk "Adat Negeri Sembilan" dalam Huraian Sukatan Pelajaran tingkatan 2. ermmmm...mulanya berat hati mahi pilih tajuk nie..bukan sebab malas ok...tapi faktor "jauh" memandangkan aku akan balik sendiri ke Penang selepas kajian ni..sbb apa ??? Sbb masa nie cuti pertengahan semester la cik adik oii.....ermmm..malam nak packing tu...muka masam mencuka macan kena paksa kahwin jak...padahal cuma jalan-jalan dua hari kowt ke Negeri Sembilan... Ehh "jalan-jalan ke ????????

Apapa jak la ^_^ ..yan aku tau. DR Sej sengaja suh kami berjalan ke tempat bersejarah gitu...sebab pengalaman itu penting...nnati mengajar anak murid..sakan cerita pasal tu....bukti jalan2 p tempat tu pun takda !!

uhhh Sadis kalau duk semenanjung ni tapi tidak jalan-jalan..bila lagi ??? tunggu ada gaji ???? boleh la kowt..tapi tak sama ^_^..

misi utama ke NEGORI/nogori tu...ke muzium adat :)  Muzium ni menghimpunkan seluruh adat yang ada di Malaysia..adat melayu...india...Cina...sabah..sarawak..macam-macam adat ada. Dan yang menariknya...salah silah pasal Melaka..kedatangan Islam pun ada.

 Aku ni kalau masuk Muzium ada feel lain sikit. aku rasa bukan aku seorang ja..hee

oklah...aku ceritalah sikit pasal kisah ke Nogori tu..untuk apa ?? untuk kenangan aku sendiri..

pada 1 November 2013, demi tugasan PGT 224...Kami berempat bergerak ke Negeri sembilan dengan bas...perjalanan memakan 5-6 jam lebih. Sampai ja ke N9 kami terus ke muzium Ngeri yg dekat dengan pusat bandar seremban. Masa tu ada pukul 4.35 begitu...nasiblah muzium tutup pukul 6 petang. Muzium negeri nie tepi jalan ja....dan aku tak berapa "selesa" sikit kat muzium nie...sedangkan muzium ni kecik jak pun..tp...........................


ni di depan pintu masuk..kalau masuk ke Negeri Sembilan pasti akan lalu kawasan muzium ni.. sampai ja kami terus ke muzium ni..sbb kami bimbang cuti Deepavali nanti muzium tutup plak.

bahagian luar muzium..mmg istana suatu ketika dulu..macam susah nak pcaya sbb ada satu lagi istana yang dipindahka ke situ..tp saiz kecik...tgu !

 ni hasil eskavasi USM ...arkeologi USM la makna nya..bangga kejap aku ^_^ .. biarpun bukan aku yang gali la...haha.. bukti ???









 selesai di bahagian dalam muzium..kami beralih ke luar muzium..yang ada rumah-rumah dahulu kala yang dipindahkan ke kawasan muzium ini dari tapak asal.

 melangkah penuh bergaya...aku da tahu kenapa USM bagi kami camping masa tahun 1 dulu..semua student USM p camping tauk...haha..apa kaitannya ?? Nampak tak beg kami ???? bukan sembarang beg ok...ni nama nya beg "Pimpin Siswa" setiap bacth lain2 warnya nya...heee..huhu..merapuh kan.. Fine !

 cerita pasal rumah nie...buat "antena" diri berdiri tegak semacam dapat "tahu" sesuatu....
mula nya naik rumah ni no feel....tp bila ja masuk dan pusing2 dalam rumah...mula rasa tak sedap hati. Rumah ni dipindahkan dari tapak asal ke kewasan ini. Dalam rumah ini ada anjung dan bilik tidur saja.. bincang2 punya bincang..kawan tanya ?? rumah dulu2 mmg takda dapur ke ?? keluar hipotesis awal : rumah ini rumah istana..jadi mungkin tiada dapur dan ada bangsal yang menghantarkan makanan. rumah nie...bilik tidur dengan design lama mmg buat aku feel "lama".... dengan kelambu...almari baju lama...dan cermin kuning( alaa..cermin dulu2 macam dalam cerita hantu..yang pudar-pudar tp warna kuning..) kami tak amik gambar dalam bilik tu.....-_- tak seberapa elok kowt...bilik yg gelap..dan suram...kami masuk kejap jak....tak berani tenung lama2 kat katil or tengok diri di cermin. Aku apa lagi..dekat pun tak...tp sempat aku melihat ke arah cermin lama tu...dalam bilik tu ada gambar..susah nak ekplain perasaan kami masa tu...aku ingat aku seorang ja rasa macam tu..rupa nya kawan2 lain pun sma..

dan lagi pelik...sebelum masuk ke dalam ruang bilik..kami sempat merakamkan penerangan ringkas tentang rumah. Masa kami balik dr muzium ni sempat lagi tgok rakaman vdeo tu...tp bila kami mahu berkemas balik ke destinasi masing2 da..vdeo tu hilang. Allah........

ni salah satu rumah org biasa...heran..kenapa rumah org biasa lebih besar dari rumah istana yang kami naik awal dari rumah nie...owh ya..rumah ni kami tak naik..sebab kononnya "mesti rumah ni hampir  sama ja dengan yang tadi.


 naik semula ke kawasan atas muzium...meninggalkan rumah-rumah tadi..

masa untuk balik..ni masa tunggu saudara mira datang amik kami..Penang --> Terminal One seremban--> basCity liner ke Muzium negeri--> rumah saudara mira

~~~~~~ Itu cerita setengah hari pertama..dengan beg2 yang besar...terus "menyerang" muzium ~~~~~







Sunday, 29 September 2013

KUSERAHKAN PUTRIKU PADAMU (RENUNGAN UNTUK PARA SUAMI)

Saat pertama kali putri kecil kami terlahir di dunia, dia menjadi simbol kebahagiaan bagi kami, orang tuanya. Bahagia yang tiada tara kami rasakan karenanya. Kami menjaganya siang dan malam, sampai kami melupakan keadaan diri sendiri. Kami sadar, memang seharusnyalah seperti itu kewajiban orang tua.

Kami besarkan dia dengan segenap jiwa dan raga. Kami didik dengan semaksimal ilmu yang kami punya. Dan kami jaga dia dengan penuh kehati-hatian.

Dan waktupun berlalu...

Dia kini telah menjadi sesosok gadis yang cantik. Betapa bangga kami memilikinya. Kami berpikir, betapa cepat waktu berlalu, dan terbersit dalam hati kami untuk tetap menahannnya disini. Bukan bermaksud meletakkan ego kami atas hidupnya, Namun sebagai orang tua, siapa yang dapat berpisah dari anaknya. Putri kesayangannnya.

Tapi,...

Hari ini, akhirnya datang juga. Saat dimana kami harus melihatnya terbalut dalam pakaian cantik, yaitu gaun pengantinnya. Gadis kecil kami telah tumbuh dewasa. Dan sesudah ijab kabul ini, kau lah kini yang menjadi penjaganya. Menggantikan kami. Mari ikatkan tanganmu kepadanya.

Waktu akhirnya memaksa kami berpisah dengannya. Walaupun kau adalah orang yang asing dan baru sebentar dikenalnya, sedangkan kami adalah orang tuanya yang telah mengorbankan semua yang kami punya untuknya. Namun, tak ada sama sekali kemarahan kami atas dirimu, menantuku. Namun ijinkan kami sedikit meluapkan kesedihan atas seorang putri kami yang harus jauh meninggalkan kami, karena harus mengikutimu. Kamipun tak akan protes kepadamu, karena mulai hari ini, dia harus mengutamakan kau diatas kami.

Tolong, jangan beratkan hatinya, karena sebenarnya pun hatinya telah berat untuk meninggalkan kami dan hanya mengabdi kepadamu. Seperti hal nya anak yang ingin berbakti kepada orang tua, pun demikian dengannya. Kami tidak keberatan apabila harus sendiri, tanpa ada gadis kecil kami dulu yang selalu menemani dan menolong kami dimasa tua.

Kami menikahkanmu dengan anak gadis kami dan memberikan kepadamu dengan cuma- cuma, kami hanya memohon untuk dia selalu kau jaga dan kau bahagiakan.

Jangan sakiti hatinya, karena hal itu berarti pula akan menyakiti kami. Dia kami besarkan dengan segenap jiwa raga, untuk menjadi penopang harapan kami dimasa depan, untuk mengangkat kehormatan dan derajat kami. Namun kini kami harus menitipkannya kepadamu. Kami tidaklah keberatan, karena berarti terjagalah kehormatan putri kami.

Jika kau tak berkenan atas kekurangannya, ingatkanlah dia dengan cara yang baik, mohon jangan sakiti dia, sekali lagi, jangan sakiti dia.

Suatu saat dia menangis karena merasa kasihan dengan kami yang mulai menua, namun harus sendiri berdua disini, tanpa ada kehadirannya lagi. Tahukah engkau wahai menantuku, bahwa kau pun memiliki orang tua, pun dengan istrimu ini. Disaat kau perintahkan dia untuk menemani orang tuamu disana, pernahkah kau berpikir betapa luasnya hati istrimu? Dia mengorbankan egonya sendiri untuk tetap berada disamping orang tuamu, menjaga dan merawat mereka, sedang kami tahu betapa sedih dia karena dengan itu berarti orang tuanya sendiri, harus sendiri. Sama sekali tiada keluh kesah darinya tentang semua itu, karena semua adalah untuk menepati kewajibannya kepada Allah.

Dia mementingkan dirimu dan hanya bisa mengirim doa kepada kami dari jauh. Jujur, sedih hati kami saat jauh darinya. Namun apalah daya kami, memang sudah masa seharusnya seperti itu, kau lebih berhak atasnya dari pada kami, orang tuanya sendiri.

Maka hargailah dia yang telah dengan rela mengabdi kepadamu. Maka hiburlah dia yang telah membuat keputusan yang sedemikian sulit. Maka sayangilah dia atas semua pengorbanannya yang hanya demi dirimu. Begitulah cantiknya putri kami, Semoga kau mengetahui betapa berharganya istrimu itu, jika kau menyadari.

Untuk saudara-saudaraku yang kucintai karena Allah...SHARE Berita ini kepada saudara-saudara kita yang lain untuk mengingatkan diri kita semua untuk selalu memperbaiki semua amalan dalam diri kita dan kita adalah mahluk yang lemah dimana apapun yang Allah inginkan tiada yang dapat menghalangiNya.

Monday, 26 August 2013

Masih segar di Ingatan 1.

BismillahiRahmaniRahim..
tahun ketiga bakal dijejaki..mencari arah tujuan bergelar siswi tahun ketiga. Diri baru bertapak kukuh.. Masih teringat kali pertama melangkah masuk ke alam universiti...

 SubahanaAllah, Percaturan Allah lah yang terbaik. Sejak tingkatan 1-6 tidak pernah berpisah dengan keluarga tercinta. Sengaja ku pilih belajar keluar dari bumi Sabah di bawah bayu. Sengaja ku pilih. Namun ia bukan semudah disangka.

Benarlah..merantau membuahkan pengalaman suka..pahit dan manis. Dari sekecil-kecil perkara, sehingalah kepada perkara yang besar.. semua dilakukan dengan sendirian. Jauh mengajar erti berdikari..jauh mengajar erti rindu yang sebenar..jauh itu mendidik hati.

mengimbau kenangan pertama kali ku berangkat ke Bumi Minden @ Universiti Sains Malaysia nun jauh di bahagian utara Malaysia..hanya Allah yang tahu gelojak rasa di jiwa. Syukur ku kepada Allah kerna terpilh menjadi siswi USM...Namun sedihku memikirkan nasib di negeri orang. 

barang dipackingkan...serba -serbi sebagai pelajar baru. Besar dan beratnya beg bukan kepalang. Digagahkan diri mengheret beg beroda dengan langkah yang tidak tertafsir. Hati gembira bercampur sedih. sugul dan  sedih ntah kenapa..jika sedih kerana terpisah dengan keluarga tercinta..tapi ini adalah pilhan diri. Ibu tersayang menyokong keputusan anak sulungnya dalam kerisauan. Mata ibu bercerita. 

Masih segar di ingatan, erat dan penuh makna pelukan ibu tercinta di lapangan terbang. Dek terpengaruh dengan senior dan sahabat-sahabat yang gagah melangkah untuk mendaftar diri tanpa ibu bapa tersayang. kami memilih untuk mendaftar sendirian.. Mira Fathilah nama diberi, sahabat yang akan terbang bersama merantau dalam medan pencarian ilmu. Temu janji diatur bersama sahabat-sahabat yang datang dari daerah yang sama iaitu daerah Kunak.  kami semua berempat pada ketika itu....Berjanji bertemu di bumi Usm . Alhamdulilah, kami dipertemukan dengan mudah. ..benang ukhwah disulam kukuh umpama adik beradik di bumi asing.

Mendaftar diri di desa/ kolej kediaman Restu. lafaz bismillah dan salam dihulur meskipun aku bersendirian ketika itu..rasa rindu terlalu tebal. Tangis kerinduan berlagu syahdu apabila senja berlabuh. Azan magrib menambahkan rasa "homesick" yang ada. Tanyakan perasaan ini kepada si perantau, apa di rasa jika senja datang menyapa... rindu pada mereka yang jauh semakin menusuk kalbu. Sejadah ku bentangkan..sebagai solat pertama di Usm. Rindu itu semakin menebal melihat sejadah dan sepasang telekung baru hadiah dari mak.

Allah permudahkan segalanya buat aku. Kunci bilik kekal aku perolehi meskpun sepatutnya diperoleh selepas selesai pendaftaran..ini bermakna aku tidak perlu berpindah bilik lagi. Barang-barang dikeluarkan..baju..kasut...dan laptop dimasukkan ke dalam laci masing-masing
AL
Sendirian di dalam bilik... menanti hari pendaftaran pada esok hari. Sunyi sekali desa ketika itu..sesekali rasa takut dan seram menyelebungi diri. Diri memberanikan hati.. menanti hari esok untuk  bertemu sahabat-sahabat Kunakians di dewan pendaftaran.




Saturday, 17 August 2013

Jelajah Dakwah Sabah / JDS'13 Vs Marsis

Jelajah Dakwah Sabah pada tahun 2013 kali ini memilih lokasi sekitar Kota Kinabalu, Kota belud, Kota Marudu, Ranau, Kundasang dan Sukau di Sandakan. JDS'13 ini dianjurkan oleh NGO Markaz Siswa-siswi Islam Sabah ( MARSIS ) selain mendapat kerjasama daripada ' Sabah Care ' dan Persatuan Siswazah Sabah ( PSS ).

MARSIS ialah NGO yang diangotai oleh siswa-siswi Islam Sabah yang belajar di Semenanjung Malaysia. Aktiviti MARSIS lebih banyak berjalan di semenanjung terutamanya pada cuti semester satu atau dua minggu. Namun demikian, JDS merupakan program tahunan yang akan dijalankan di sekitar sabah sebagai medium dakwah kepada setiap ahlinya selain memanfaatkan masa cuti di Sabah. ( skemanya ayat ! )

Tugas berdakwah itu terletak pada bahu setiap umat islam. Berdakwah dengan apa cara sekalipun asalkan matlamat tercapai dengan cara yang syariat.  Bercerita pasal JDS'13 ini, JDS kali ini dijalankan pada bulan Ramadhan iaitu antara 30 julai - 2 ogos 2013.  MARSIS juga lazimnya akan berkerjasama dengan Persatuan Siswazah Sabah ( PSS ) iaitu siswa/wi yang berada di sabah atau belajar di Sabah. Ini bermakna, semua siswa/wi boleh menyertai JDS meskipun bukan pelajar islam yang belajar di Semenanjung.

Bentuk Aktiviti pula ialah slot motivasi di sekolah, acara sumbangan bantuan kepada penduduk kampung, majlis berbuka puasa bersama NGO Sabah Care, dan bersama anak yatim Putera Harapan Ranau.

 hari pertama iaitu 30 ogos

 Pagi bersama pelajar tingkatan 5 SMK Inanam

 memperkenalkan MARSIS dan kelebihan MARSIS dalam membantu pelajar-pelajar baru

sebelah tengahari pula menziarah penduduk kampung. Rumah nie ada seorang anak OKU. Selain kampung Inanam Laut, kami juga ke kampung warisan.

 Sumbangan juga diberikan kepada penduduk kampung Rosop Laut, kg Taka dan Kg kemiri"i di Pitas. Daerah Kota Marudu pulak Kg Parong dan Kg Sinisian Di Kundasang.


Penatnya bukan kepalang...sebab kena jelajah kampung2 masa bulan puasa pulak tu..angkat barang sumbangan yang terdiri daripada beras..gula,tepung dan bahan-bahan mentah yang lain. Akibatnya... pantang duduk dalam bas..ramai yang akan ambil kesempatan untuk tido dalam bas.
agihan sumbangan oleh muslimat..macam panas kan ?? tp tempat ni sejuk ;)
berjalan kaki ke kampung-kampung

gigih kan ?? panas2 nie.....bulan ramadhan plak tu.... 






menunggu tugasan ^_^


berlindung di bawah rumah orang.... di pangil "bawah kolong rumah "  klu orang Sabah.
berpecah-pecah mencari rumah yang patut menerima sumbangan
kmpulan kami..



 cuba tgok dinding ^_^..payau ( rusa ) tuu....mampu ???

semasa sukaneka bersama anak-anak kampung...

 pakaian yang akan disumbangkan


muslimat asingkan baju2 yang akan di sumbangkan...muslimin plak agih barang-barang dapur sbg sumbangan  masjid di kota marudu,...

~ selepas dua hari di sekitar K.Kinabalu....Kota belud dan Ranau..kami akan ke ranau...dekat kundasang ^_^ ~






Gambar bersama2 anak-anak yatim tiada sebab msa tu kamera da "nazak"... tapi saya kongsikan sedikit kajian psikologi melalui lukisan adik2 tu semua...sapa yg belajar psikologi faham lah maksd tersirat tu...




oklah...setakat itu sajalah cerita pasal JDS'13 nie... InshaAllah bertemu dalam JDS akan datang ;)
 

Blogger news

Blogroll

About