BismillahiRahmaniRahim..
tahun ketiga bakal dijejaki..mencari arah tujuan bergelar siswi tahun ketiga. Diri baru bertapak kukuh.. Masih teringat kali pertama melangkah masuk ke alam universiti...
SubahanaAllah, Percaturan Allah lah yang terbaik. Sejak tingkatan 1-6 tidak pernah berpisah dengan keluarga tercinta. Sengaja ku pilih belajar keluar dari bumi Sabah di bawah bayu. Sengaja ku pilih. Namun ia bukan semudah disangka.
Benarlah..merantau membuahkan pengalaman suka..pahit dan manis. Dari sekecil-kecil perkara, sehingalah kepada perkara yang besar.. semua dilakukan dengan sendirian. Jauh mengajar erti berdikari..jauh mengajar erti rindu yang sebenar..jauh itu mendidik hati.
mengimbau kenangan pertama kali ku berangkat ke Bumi Minden @ Universiti Sains Malaysia nun jauh di bahagian utara Malaysia..hanya Allah yang tahu gelojak rasa di jiwa. Syukur ku kepada Allah kerna terpilh menjadi siswi USM...Namun sedihku memikirkan nasib di negeri orang.
barang dipackingkan...serba -serbi sebagai pelajar baru. Besar dan beratnya beg bukan kepalang. Digagahkan diri mengheret beg beroda dengan langkah yang tidak tertafsir. Hati gembira bercampur sedih. sugul dan sedih ntah kenapa..jika sedih kerana terpisah dengan keluarga tercinta..tapi ini adalah pilhan diri. Ibu tersayang menyokong keputusan anak sulungnya dalam kerisauan. Mata ibu bercerita.
Masih segar di ingatan, erat dan penuh makna pelukan ibu tercinta di lapangan terbang. Dek terpengaruh dengan senior dan sahabat-sahabat yang gagah melangkah untuk mendaftar diri tanpa ibu bapa tersayang. kami memilih untuk mendaftar sendirian.. Mira Fathilah nama diberi, sahabat yang akan terbang bersama merantau dalam medan pencarian ilmu. Temu janji diatur bersama sahabat-sahabat yang datang dari daerah yang sama iaitu daerah Kunak. kami semua berempat pada ketika itu....Berjanji bertemu di bumi Usm . Alhamdulilah, kami dipertemukan dengan mudah. ..benang ukhwah disulam kukuh umpama adik beradik di bumi asing.
Mendaftar diri di desa/ kolej kediaman Restu. lafaz bismillah dan salam dihulur meskipun aku bersendirian ketika itu..rasa rindu terlalu tebal. Tangis kerinduan berlagu syahdu apabila senja berlabuh. Azan magrib menambahkan rasa "homesick" yang ada. Tanyakan perasaan ini kepada si perantau, apa di rasa jika senja datang menyapa... rindu pada mereka yang jauh semakin menusuk kalbu. Sejadah ku bentangkan..sebagai solat pertama di Usm. Rindu itu semakin menebal melihat sejadah dan sepasang telekung baru hadiah dari mak.
Allah permudahkan segalanya buat aku. Kunci bilik kekal aku perolehi meskpun sepatutnya diperoleh selepas selesai pendaftaran..ini bermakna aku tidak perlu berpindah bilik lagi. Barang-barang dikeluarkan..baju..kasut...dan laptop dimasukkan ke dalam laci masing-masing
AL
Sendirian di dalam bilik... menanti hari pendaftaran pada esok hari. Sunyi sekali desa ketika itu..sesekali rasa takut dan seram menyelebungi diri. Diri memberanikan hati.. menanti hari esok untuk bertemu sahabat-sahabat Kunakians di dewan pendaftaran.
cerita ini buat hati semakin kuat untuk belajar d negeri orang juga.... sedih ada, gembira ada dan bangga pun ada untuk nukilan ini
ReplyDelete