Alhamdulilah...tahniah buat semua adik-adik yang mendapat
tawaran kemasukkan ke universiti. Sudah pastinya ini adalah impian adik...juga
impian keluarga. Kali ini penulisan tentang kehidupan seorang mahasiswa. Tulisan
ini dibuat khas untuk adik junior yang minta kak rin tulis buat dirinya yang
baru mendapat tawaran universiti.
Teringat kata-kata dari seorang aktivis mahasiswa dari
Universiti semasa pertemuan dalam program “Menara Gading” yang dibuat oleh
Universiti Malaya di daerah Kunak masa tahun 1 dulu yang menyatakan bahawa
“setiap mahasiswa-siswi yang masuk universiti itu inshaAllah akan “Eksklusif”
apabila keluar.”
Maksud eksklusif itu mempunyai takrif yang tersendiri
mengikut situasi. Terpulang pada diri kita sendiri untuk memberi nilai kepada
maksud tersebut.
“Mahal” sebagai mahasiswa-siswi itu bergantung kepada cara
mahasiswa-wi mencorakkan kehidupannya di Universiti. Sebagai mahasiswa-wi
baru..sedikit tips untuk mereka yang bergelar mahasiswa-siswi.
1- 1- Persatuan Mahasiswa
Sebagai mahasiswa, persatuan mahasiswa
seharusnya dijadikan platform untuk melatih diri dalam bidang kepimpinan.
Biarlah jadi kuli-kuli kecil atau ajk kecil saja. Ambil pengalaman dan ambil
tahu tentang cara kerja atau prosedur.
Selain itu, persatuan mahasiswa juga harus
disertai meskipun sebagai ahli biasa saja. Bukan apa ... sebab persatuan akan
menjadi badan yang akan menjaga kebajikan atau juga penyampai maklumat tertentu
kepada pelajar. Sebagai contohnya, persatuan anak negeri Sabah lazimnya akan
mengadakan perjumpaan khas untuk mendaftarkan pelajar sabah untuk bernaung dalam
persatuan. Sekaligus untuk menjaga kebajikan.
Antara bentuk persatuan – Persatuan anak negeri, persatuan berbentuk
akademik, Persatuan Mahasiswa Islam dan lain-lain. :P
Alaa daftar saja sebagai ahli...memang
banyak program nanti sampai tak tahu nak pilih mana atau tak sempat pergi..tapi
sekurang-kurangnya ada pilihan bukan ?????? (kalau kat USM nie...medan ilmu
memang banyak....bukan setakat bicara selebriti islamik bagai yang ada..ceramah
perbandingan agama pun ada.
2- 2- Usrah
Usrah ni..tak semestinya kita nak ada
kumpulan usrah yang tetap. Tapi sebaiknya ada kumpulan yang tetap yang bolehkan
kita aturkan masa untuk buat bulatan cinta tu. Selain ukhwah..ilmu pun dapat.
Tapi kalau tak dapat pun nak kmpulan usrah..kat surau asrama universiti pasti
ada. Takda kumpulan tetap tak semestinya perlu jauh dari aktiviti usrah ya. Usrah
ni pula..akan ada perkongsian jiwa..dalam perbincangan ada teguran..ada
ilmu-ilmu baru. Lagi best kalau usrah tu ada kawan-kawan daripada jurusan yang
pelbagai..macam-macam ilmu dapat selain peringatan dalam ayat-ayat Al-Quran
yang disampaikan.
3- 3-Unit Beruniform/ sukan
Joinlah unit beruniform atau sukan bagi
sesiapa yang berminat dan berbakat. Di sesetengah university, aktiviti unit
beruniform ini diwajibkan kepada golongan pelajar tertentu. Kalau di USM
nie..unit beruniform diwajibkan ke atas pelajar jurusan pendidikan. Yala kan...nak
jadi pemimpin persatuan kat sekolah kenalah ada kelayakan. Unit beruniform di universiti pula ada ujian
kelayakan malah ada pentauliahan. Kelana ada “Manik Kayu”...St John pula ada sijil
First Aid, Palapes,t dan Navy ada Leftenan Muda. Nahh kan best ! Tapi make sure
la sehingga tamat latihan okeh..jangan hangat-hangat tahi ayam.
Sukan pula, sapa kata di universiti tak
dapat meneruskan kecemerlangan bersukan tu ??? boleh saja ^^ sebab universiti
pun ada sukan. Sukan dalam universiti yang adakan pertandingan sukan antara
asrama ...pertandingan sukan antara universiti (SUKIPT) malah yang terbaru
sukan Sabah khas untuk siswa-siswi sabah yang belajar di semenanjung. (UUM jadi
tuan rumah ^^ )
~~~ sebenarnya tak dapat mahu senaraikan
semua aktiviti yang biasanya diadakan oleh universiti..terlalu banyak...tak
termasuk pesta pantun..debat..pertandingan tarian..macam-macam lagilah! junior-junior
baru kenalah bijak memilih. Tiga tulah yang paling basic nak hidup kay
universiti...takda tu...maknanya hidup sebagai mahasiswa-siswi hanyalah
sia-sia.
MT/Exco Sidang 2012/2013
Sukan Sabah di UUM(Siswa-siswi di semananjung saja)
0 comments:
Post a Comment