kali ini bertinta tentang darah haid pula, Yala kan..kita bukan nya nak ambil tahu pun selagi takda orang mahu tanya...atau diri sendiri tidak musykil..
saat - saat akhir darah haid atau bersih dari darah haid yang membolehkan kita untuk solat semula ??? macam mana ? apa tanda-tandanya ?
sebelum itu, ingat ya wahai nisa..dalam tempoh kita diberikan "cuti" oleh Allah daripada solat....perasan atau tidak bahawa kita ada rasa malas yang sedikit berbeza untuk mula solat semula yakni kembali solat selepas bersih dari darah haid ????? Perasan tak ???
Itulah yang dinamakan penurunan iman. Perasaan malas punyalah tinggi menggunung. Mulalah kita mencipta alasan untuk melambat-lambatkan "kembali solat selepas kering darah haid" dengan alasan yang macam-macam. AWAS !!! mungkin itu bisikan syaitan.
sedikit panduan untuk kita ^_^
A ) cecair berwarna putih iaitu ( al-qassah al baida')
cecair ini ada orang panggil "benang putih" yang akan keluar bila saat2 akhir haid.
B ) Kering (jaf)
Berhentinya darah haid dan keringnya faraj dimana apabila dimasukkan kapas pada farajnya maka kapasnya tetap kering bersih tidak ada bekas darah atau cairan kuning atau keruh.
Imam Nawawi rahimahullah berkata: “tanda berhentinya haid dan datangnya masa suci adalah: darah berhenti keluar dan lendir berwarna kuning dan keruh keluar, maka apabila telah berhenti (darah) maka dia telah suci baik sesudahnya cairan putih keluar ataupun tidak “. Lihat kitab Al-Majmu’.
Perlu diingat, Cecair keruh atau kuning selepas mandi wajib tu tidak di kira sebagai haid. Syaitan sentiasa cuba dan berbuat tipu daya kepada kita agar2 was2 dan melewatkan mandi wajib.
kalau tempatnya belum kering, yaitu masih ada cairan kuning atau keruh, maka jangan tergesa-gesa sampai betul-betul bersih atau keluar lendir tersebut, sebab dahulu para wanita datang kepada Aisyah membawa kapas yang terkena cairan kuning tersebut, lalu beliau berkata kepada mereka: “jangan kalian tergesa-gesa sampai kalian melihat lendir yang putih” Yang beliau maksud adalah betul-betul bersih suci dari haid. Atsar diriwayatkan oleh Imam Bukhari secara mualaq.
sumber : voa-islam.com dan solusi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment