Pages

Thursday, 19 December 2013

Diari Untuk Ahmad Ammar



Alhamdulilah..dalam banyak-banyak "taman syurga"...taman syurga ini yang terdetik dikongsikan dalam tinta kali ini. Saudara Ahmad Ammar. si Syahid muda dari Malaysia yang dikebumikan di bumi Turki bersama para Syuhada dan sahabat Nabi Muhammad S.A.W.


meskipun Ammar sudah tiada..ayahanda dan ibundanyalah yang akan meneruskan kerja dakwah yang diimpikan oleh Ammar.

"syurgalah tempat rehat yang sebenar" antara ungkapan yang pernah disampaikan oleh Ammar kepada ayahnya. Encik Ahmad Azam datang ke USM bersama insan yang melahirkan si Syahid Ammar iaitu Puan Azlina. Dulu En Azam merupakan mantan Angkatan Belia Islam Malaysia manakala Ibu Ammar pula pernah menjadi pendidik sebelum meneruskan gerak kerja dakwah dan kemanusiaan yang berkaitan dengan Rohingya. Penyampaian pertama akan disampaikan oleh Bapanya berkaitan matlamat yang ditanam di dalam diri Ammar oleh ayahnya sendiri manakala ibunya akan menceritakan keperibadian Ammar bukan untuk mengangkat Ammar sbg anak mereka. 

Penyampaian Bapa Ammar :

wawasan Hidup yang ditekankan kepada Ammar sejak kecil ada dua aspek  iaitu wawasan untuk Ummah dan Wawasan untuk Akhirat. menyerahkan seluruh kehidupan untuk jalan dakwah merupakan perkara utama yang dihidupkan subur dalam dir Ammar.

bapa Ammar mengatakan jika kita menjadi Dr..jadilah Dr yang Ummatik...jika kita jadi pensyarah, jadilah pensyarah yang ummatik,,,ringkasnya apapun cita-cita kita..biarlah kita menjadi Ummatik yang selalu mendekati Ummah untuk medan dakwah. begitu jugalah yang ditekankan kepada Ammar. meskipun Ammar hebat dalam akademik yakni bidang sains..tapi ibubapa Ammar melihat keperluan sejarah dari perspektif islam. Barat tidak mahu umat islam mengkaji sejarah kerana di sebalik sejarah islam yang kita kaji itu..kita akan mendapati bahawa Islam pernah ngah suatu ketika dahulu. Islam pernah gagah dibawah pemerintahan sistem khalifah..pemimpin yang berjiwa khalifah. Isu kekhalifahan ditekankan oleh bapa Ammar.

Barat sama sekali tidak mahu kita mengkaji sejarah Uthmaniah sehinggakan anak muda di sana hari ini buta sejarah. Misi ini telah diterap sejak dia sekolah rendah sehingga berumur 16 tahun. Matlamat dia jelas. Rezeki Ammar semasa berumur 16 tahun yang dapat memasuki Maktab tentera dilihat satu lagi aspek yang perlu sebagai seorang muslim masa kini. menurut mereka..Ammar telah dihantar ke kelas seni mempertahankan diri..berenang dan tibalah masanya disiplin Ammar dimantapkan lagi dengan kemasukan ke Maktab Tentera. 

semasa Ammar mengikuti misi kemanusian menghantar bantuan ke Syiria...jiwa Ammar bergolok antara "mengangkat senjata" ataupun "meneruskan amanah ibubapa untuk mendalami sejarah Islam". Senjata bagi seorang pelajar Maktab tentera adalah perkara yang kecil demikian kata Bapa Ammar. Dalam jiwa yang sedang bergolak itu..disitulah Ammar bermimpikan bertemu Bidadarinya. Dan semangat mati syahid itu semakin berkobar-kobar dalam diri Ammar.( AllahuAkhbar.)..atas kematangan fikiran yang ada..Ammar memilih untuk meneruskan amanah Ibubapanya dan kembali ke Turki meneruskan pengajian.

bapa Ammar diberi tahu oleh Prof dan guru2 Ammar di Turki bahawa hari kemalangan dan kematian Ammar adalah hari pertama dia akan menjadi guru. Ammar yang berjaya mentafsir risalah An-Nur telah dibenarkan untuk mengajar oleh guru2nya dan dalam perjalanan menyampaikan ilmu Allah itulah Ammar dijemput oleh Allah. Buku catatan Ammar mencatatkan tajuk pertama yang mahu disampaikan oleh Ammar ialah bab " Ikhlas". keikhlasan itu sangat penting dalam melaksanakan gerak kerja atas nama Allah.

3 masalah dalam umat islam hari ini ialah penyakit kejahilan, penyakit kemiskinan dan penyakit perpecahan. masalah mahzab yang sengaja diada-adakan antara penyakit yang telah melemahkan umat islam dan sukar mengembalikan kegemilangan kerajaan Islam. Demikian sedikit perkongsian yang disampaikan oleh bapa Ammar.

Perkongsian Ibu Ammar :

Ramai yang bertanya tentang amalan yang dilakukan oleh ibu Ammar sepanjang mengandungkan Ammar. Tiada apa yang istimewa kecuali matlamat perkahwinan dari awal perlu tepat. " Suami bukan milik seorang tapi milik Ummat. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia menjadikan bapa Ammar seorang yang sibuk dengan gerak kerja Dakwah dan inilah yang menuntut 'berdikari seorang isteri" dalam rumah tangga. (semoga aku dapat praktikkan nanti dalam berumah tangga) yakni berdikari dalam semua perkara. Ammar bukan dibesarkan oleh ibu bapanya saja tapi dibesarkan oleh jumlah keluarga yang besar. Rumah yang sederhana tapi memiliki keluarga yang besar. Menurut Puan Azlina..dia bersyukur dikurniakan ibu bapa mertua yang baik..adik-adik ipar yang baik dan dapat berkumpul dalam rumah yang sama kerna suami Pn Azlina adalah anak sulung dalam keluarga. keluarga yang besar itulah yang membentuk peribadi dan mencorak kehidupan berumah tangga mereka disamping membesarkan Ammar dan adik beradiknya yang lain.

Tindakan ibu bapa Ammar yang mengkhatankan Ammar awal mungkin menjadi penyebab Ammar matang lebih awal.(mungkin ada anak nanti boleh praktikkan) Tapi Alhamdulilah Ammar melalui zaman kanak-kanaknya sama seperti kanak-kanak yang lain yang dilengkapi dengan pelbagai kemahiran seperti seni bela diri dan berenang disamping pendidikan agama sejak kecil lagi sebelum dihantar ke Maktab Tentera.

Akhlak Ammar lah yang menjadi keunikan buat Ammar. Minat ibu bapa (sejarah islam) seiring dengan minat Ammar menjadikan Ammar sukses dalam setiap bidang yang diceburinya. kecemerlangan akademik adalah perkara kecil berbanding matlamat wawasan ummah dan akhirat yang subur dalam diri Ammar. Ammar  yang sentiasa ringan tulang untuk membantu dan sentiasa tahu keperluan orang lain. Menurut Pn Azlina..wanita dan lelaki sebaiknya kahwinlah selewatnya berumur 25 tahun. Ini kerna gerak kerja dakwah dapat diteruskan dalam usia 50 ke atas tanpa merisaukan anak-anak lagi. anak-anak da besar...diri pula masih sihat inshaAllah untuk meneruskan kerja-kerja dakwah. ~~~ InshaAllah..ya Allah permudahkan buat kami dalam mencari jodoh yang mencintai kerja dakwah..yang mencintai majlis ilmu..yang mencintai diri ini kerna mencintai MU ya Rabbi.

saya ringkaskan perkongsian Ibunda si Syahid Ammar ialah "
1 ~ matlamat rumah tangga sejak awal ialah mendapat keredhaan Allah.
2 ~ Ujian dan cabaran alam rumah tangga perlu diharungi dengan berhati-hati..teliti demi pembentuKkan akhlak anak-anak.
3 ~ selesaikan masalah rumah tangga di dalam bilik tidur. Ini bermakna keluar dari bilik..masalah perlu selesai dan dilupakan dan sedia membaiki diri dan rumah tangga.

 ~~~ Alhamdulilah..buat dirinya bergelar suami satu hari nanti...Inilah contoh keluarga sakinah. kita perlu mula dari dalam diri kita..kau dan aku bertanggungjawab untuk melahirkan lebih ramai " Ammar" yang memiliki wawasan dan matlamat yang sama untuk Ummah dan akhirat..buat dirimu..buat diriku...jadikan ia satu ikhtibar buat kita membaiki hubungan ini demi mencari redha Ilahi~~~




0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

About