alhamdulilah...Disember nie musim cuti sekolah bermakna musim orang kahwin la kan ?? iya ke tidak ? ^_^ Mungkin... waktu petang macam nie tak boleh fokus dah nak study....tapi ku gagahkan diri meneruskan baki minggu ulangkaji yang ada demi tanggungjawab ku sebagai pelajar ^_^... lalu ku membuat keputusan untuk bertinta soal nikah. Ntah kenapa..mungkin tiba masa nya kita berfikir perkara ini secara serius ...matang bukannya hanya melibatkan isu cinta semata-mata.
~~~~ Wanita dinikahi kerana empat faktor, yakni kerana harta kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Hendaknya pilihlah yang beragama untuk berkat kedua tanganmu. (HR. Muslim) ~~~~
menukilkan sebagai sekadar sebuah perkongsian..
bertinta tentang "Nikah" atau "Kahwin" membuatkan aku bertanya-tanya..apakah pernikahan itu seindah yang manusia gambarkan..dan adakah perjalanan nya seindah yang dimimpikan. Pastinya tidak..Tidak ! bagi aku..nikah ialah sebuah permulaan bagi seorang lelaki dan wanita dewasa yang akan menjalani hidup sebagai seorang suami isteri. Si lelaki akan mengalas tanggungjawab sebagai suami manakala si isteri akan membantu suami dalam usaha suami melaksanakan amanah Allah yang bernama isteri.
Kadang malu berfikir soal nikah. Diri ini belum layak berbicara soal nikah jika soal cinta aku masih terkapai-kapai mencari cinta Allah. Allah aku masih berfikir... Masih berfikir...apakah perasaan seorang isteri yang mendengarkan lafaz akad dari seorang lelaki yang akan menjadi imam buat diri nya ?? apakah diri bersedia ??? dan apakah perasaan seorang isteri yang mendengarkan lafaz talak dari suaminya ???
Diri mu seorang wanita.. insan lemah pada emosi. dipujuk dirayu rebah terkulai. wanita..jika kau sudah terfikir tentang cinta..maka fikirkanlah soal pernikahan. Jika kau fikirkan soal pernikahan..jangan kau pinggirkan soal keredhaan.
Ramai anak muda hari ini yang sibuk dengan perkataan nikah muda. Untuk apa ? kononnya untuk menjauhi maksiat. Untuk menghalalkan yang haram. Alhamdulilah jika itu jalan terbaik sila teruskan. Tapi apakah kau bersedia membantu memikul bebanan si suami ? cukupkah kau menyiapkan diri mu sebagai seorang isteri solehah yang akan membangunkan suami untuk menjadi imam solat tahajud juga solat subuh mu ?
Allah..angan-angan punyalah bnyak..lebih banyak daripada timbunan usaha membaiki diri yang kita ada.
~ seorang wanita muslimah ibarat madrasah(sekolah ) kepada anak - anak yang bakal dilahirkan kelak. ~
Kita wanita...bertanggungjawab terhadap anak-anak yang akan kita lahirkan. sebelum itu kita bertanggungjawab melihat siapa yang akan menjadi bapa buat anak-anak kita. Yakin janji Allah ?? pasangan mu terdiri daripada seseorang yang hampir dengan dirimu. Apa yang dimaksudkan dengan hampir ? Abstrak...kabur maksudnya tapi nilai ia dengan mata hati. Hampir itu boleh jadi ia pada "jarak" ....hampir itu juga boleh jadi sesuatu yang dekat dengan sifat kita sendiri. Sifat ???? bagaimana dengan perilaku kita...???
adakah kita berusaha dalam mencapai redha Nya ?? Apa usaha kita ?? bagaimana perancanganmu bersama si dia ?
oleh itu,....ayuh diri...ayuh sahabat..ayuh wanita,..kita baiki diri..siapkan diri..jangan terlalu manja...jangan terlalu lemah. !
tinta yang banyak soalan >_< asiff jiddan...mungkin tinta merapuh.....mengisi ketidakfokusan yang ada pada petang hari study week.
0 comments:
Post a Comment