Pages

Sunday, 29 December 2013

~ Kau Insan asing buat aku ~


~ Janji Allah itu pasti ~


Kau Insan asing buat aku,
kau hadir dalam lembaran hidup ku lalu mengambil ku dari kedua orang tua ku.

kau insan asing buat aku,
si pemilik hati setelah Allah dan Rasul,
tp tidak asing dalam Luh Mahfuz itu,
cuma kita baru bertemu.

Kau insan asing buat aku,
melafazkan akad di hari pernikahanku,
lantas diri ini menjadi milikmu.

kau insan asing buat aku,
kini menjadi sebahagian diriku,
si pengemudi bahtera rumah tanggaku,
kau lah Insan dipilih Allah buat aku.

Aku bergelar isterimu,

tulang rusuk kirimu yang bengkok dan rapuh
,
disebalik kelamahanku..kau memiliki kelebihan itu.

aku bergelar isterimu,
ketika sayangmu sudah hilang,
lihatlah aku pada sudut tanggungjawab.
jika tanggungjawab dilihat sebagai beban,
lihatlah aku sebagai Amanah Allah buat mu.

Tuesday, 24 December 2013

kahwin ????

alhamdulilah...Disember nie musim cuti sekolah bermakna musim orang kahwin la kan ?? iya ke tidak ? ^_^ Mungkin... waktu petang macam nie tak boleh fokus dah nak study....tapi ku gagahkan diri meneruskan baki minggu ulangkaji yang ada demi tanggungjawab ku sebagai pelajar ^_^... lalu ku membuat keputusan untuk bertinta soal nikah. Ntah kenapa..mungkin tiba masa nya kita berfikir perkara ini secara serius ...matang bukannya hanya melibatkan isu cinta semata-mata.


  ~~~~  Wanita dinikahi kerana empat faktor, yakni kerana harta kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Hendaknya pilihlah yang beragama untuk berkat kedua tanganmu. (HR. Muslim) ~~~~

menukilkan sebagai sekadar sebuah perkongsian..

bertinta tentang "Nikah" atau "Kahwin" membuatkan aku bertanya-tanya..apakah pernikahan itu seindah yang manusia gambarkan..dan adakah perjalanan nya seindah yang dimimpikan. Pastinya tidak..Tidak ! bagi aku..nikah ialah sebuah permulaan bagi seorang lelaki dan wanita dewasa yang akan menjalani hidup sebagai seorang suami isteri. Si lelaki akan mengalas tanggungjawab sebagai suami manakala si isteri akan membantu suami dalam usaha suami melaksanakan amanah Allah yang bernama isteri.

Kadang malu berfikir soal nikah. Diri ini belum layak berbicara soal nikah jika soal cinta aku masih terkapai-kapai mencari cinta Allah. Allah aku masih berfikir... Masih berfikir...apakah perasaan seorang isteri yang mendengarkan lafaz akad dari seorang lelaki yang akan menjadi imam buat diri nya ?? apakah diri bersedia ??? dan apakah perasaan seorang isteri yang mendengarkan lafaz talak dari suaminya ???

Diri mu seorang wanita.. insan lemah pada emosi. dipujuk dirayu rebah terkulai. wanita..jika kau sudah terfikir tentang cinta..maka fikirkanlah soal pernikahan. Jika kau fikirkan soal pernikahan..jangan kau pinggirkan soal keredhaan.

Ramai anak muda hari ini yang sibuk dengan perkataan nikah muda. Untuk apa ? kononnya untuk menjauhi maksiat. Untuk menghalalkan yang haram. Alhamdulilah jika itu jalan terbaik sila teruskan. Tapi apakah kau bersedia membantu memikul bebanan si suami ? cukupkah kau menyiapkan diri mu sebagai seorang isteri solehah yang akan membangunkan suami untuk menjadi imam solat tahajud juga solat subuh mu ? 
 Allah..angan-angan punyalah bnyak..lebih banyak daripada timbunan usaha membaiki diri yang kita ada.

~ seorang wanita muslimah ibarat madrasah(sekolah ) kepada anak - anak yang bakal dilahirkan kelak. ~ 



Kita wanita...bertanggungjawab terhadap anak-anak yang akan kita lahirkan. sebelum itu kita bertanggungjawab melihat siapa yang akan menjadi bapa buat anak-anak kita. Yakin janji Allah ?? pasangan mu terdiri daripada seseorang yang hampir dengan dirimu. Apa yang dimaksudkan dengan hampir ? Abstrak...kabur maksudnya tapi nilai ia dengan mata hati. Hampir itu boleh jadi ia pada "jarak" ....hampir itu juga boleh jadi sesuatu yang dekat dengan sifat kita sendiri. Sifat ???? bagaimana dengan perilaku kita...???

adakah kita berusaha dalam mencapai redha Nya ?? Apa usaha kita ?? bagaimana perancanganmu bersama si dia ?
oleh itu,....ayuh diri...ayuh sahabat..ayuh wanita,..kita baiki diri..siapkan diri..jangan terlalu manja...jangan terlalu lemah. ! 

tinta yang banyak soalan >_< asiff jiddan...mungkin tinta merapuh.....mengisi ketidakfokusan yang ada pada petang hari study week.

Thursday, 19 December 2013

Diari Untuk Ahmad Ammar



Alhamdulilah..dalam banyak-banyak "taman syurga"...taman syurga ini yang terdetik dikongsikan dalam tinta kali ini. Saudara Ahmad Ammar. si Syahid muda dari Malaysia yang dikebumikan di bumi Turki bersama para Syuhada dan sahabat Nabi Muhammad S.A.W.


meskipun Ammar sudah tiada..ayahanda dan ibundanyalah yang akan meneruskan kerja dakwah yang diimpikan oleh Ammar.

"syurgalah tempat rehat yang sebenar" antara ungkapan yang pernah disampaikan oleh Ammar kepada ayahnya. Encik Ahmad Azam datang ke USM bersama insan yang melahirkan si Syahid Ammar iaitu Puan Azlina. Dulu En Azam merupakan mantan Angkatan Belia Islam Malaysia manakala Ibu Ammar pula pernah menjadi pendidik sebelum meneruskan gerak kerja dakwah dan kemanusiaan yang berkaitan dengan Rohingya. Penyampaian pertama akan disampaikan oleh Bapanya berkaitan matlamat yang ditanam di dalam diri Ammar oleh ayahnya sendiri manakala ibunya akan menceritakan keperibadian Ammar bukan untuk mengangkat Ammar sbg anak mereka. 

Penyampaian Bapa Ammar :

wawasan Hidup yang ditekankan kepada Ammar sejak kecil ada dua aspek  iaitu wawasan untuk Ummah dan Wawasan untuk Akhirat. menyerahkan seluruh kehidupan untuk jalan dakwah merupakan perkara utama yang dihidupkan subur dalam dir Ammar.

bapa Ammar mengatakan jika kita menjadi Dr..jadilah Dr yang Ummatik...jika kita jadi pensyarah, jadilah pensyarah yang ummatik,,,ringkasnya apapun cita-cita kita..biarlah kita menjadi Ummatik yang selalu mendekati Ummah untuk medan dakwah. begitu jugalah yang ditekankan kepada Ammar. meskipun Ammar hebat dalam akademik yakni bidang sains..tapi ibubapa Ammar melihat keperluan sejarah dari perspektif islam. Barat tidak mahu umat islam mengkaji sejarah kerana di sebalik sejarah islam yang kita kaji itu..kita akan mendapati bahawa Islam pernah ngah suatu ketika dahulu. Islam pernah gagah dibawah pemerintahan sistem khalifah..pemimpin yang berjiwa khalifah. Isu kekhalifahan ditekankan oleh bapa Ammar.

Barat sama sekali tidak mahu kita mengkaji sejarah Uthmaniah sehinggakan anak muda di sana hari ini buta sejarah. Misi ini telah diterap sejak dia sekolah rendah sehingga berumur 16 tahun. Matlamat dia jelas. Rezeki Ammar semasa berumur 16 tahun yang dapat memasuki Maktab tentera dilihat satu lagi aspek yang perlu sebagai seorang muslim masa kini. menurut mereka..Ammar telah dihantar ke kelas seni mempertahankan diri..berenang dan tibalah masanya disiplin Ammar dimantapkan lagi dengan kemasukan ke Maktab Tentera. 

semasa Ammar mengikuti misi kemanusian menghantar bantuan ke Syiria...jiwa Ammar bergolok antara "mengangkat senjata" ataupun "meneruskan amanah ibubapa untuk mendalami sejarah Islam". Senjata bagi seorang pelajar Maktab tentera adalah perkara yang kecil demikian kata Bapa Ammar. Dalam jiwa yang sedang bergolak itu..disitulah Ammar bermimpikan bertemu Bidadarinya. Dan semangat mati syahid itu semakin berkobar-kobar dalam diri Ammar.( AllahuAkhbar.)..atas kematangan fikiran yang ada..Ammar memilih untuk meneruskan amanah Ibubapanya dan kembali ke Turki meneruskan pengajian.

bapa Ammar diberi tahu oleh Prof dan guru2 Ammar di Turki bahawa hari kemalangan dan kematian Ammar adalah hari pertama dia akan menjadi guru. Ammar yang berjaya mentafsir risalah An-Nur telah dibenarkan untuk mengajar oleh guru2nya dan dalam perjalanan menyampaikan ilmu Allah itulah Ammar dijemput oleh Allah. Buku catatan Ammar mencatatkan tajuk pertama yang mahu disampaikan oleh Ammar ialah bab " Ikhlas". keikhlasan itu sangat penting dalam melaksanakan gerak kerja atas nama Allah.

3 masalah dalam umat islam hari ini ialah penyakit kejahilan, penyakit kemiskinan dan penyakit perpecahan. masalah mahzab yang sengaja diada-adakan antara penyakit yang telah melemahkan umat islam dan sukar mengembalikan kegemilangan kerajaan Islam. Demikian sedikit perkongsian yang disampaikan oleh bapa Ammar.

Perkongsian Ibu Ammar :

Ramai yang bertanya tentang amalan yang dilakukan oleh ibu Ammar sepanjang mengandungkan Ammar. Tiada apa yang istimewa kecuali matlamat perkahwinan dari awal perlu tepat. " Suami bukan milik seorang tapi milik Ummat. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia menjadikan bapa Ammar seorang yang sibuk dengan gerak kerja Dakwah dan inilah yang menuntut 'berdikari seorang isteri" dalam rumah tangga. (semoga aku dapat praktikkan nanti dalam berumah tangga) yakni berdikari dalam semua perkara. Ammar bukan dibesarkan oleh ibu bapanya saja tapi dibesarkan oleh jumlah keluarga yang besar. Rumah yang sederhana tapi memiliki keluarga yang besar. Menurut Puan Azlina..dia bersyukur dikurniakan ibu bapa mertua yang baik..adik-adik ipar yang baik dan dapat berkumpul dalam rumah yang sama kerna suami Pn Azlina adalah anak sulung dalam keluarga. keluarga yang besar itulah yang membentuk peribadi dan mencorak kehidupan berumah tangga mereka disamping membesarkan Ammar dan adik beradiknya yang lain.

Tindakan ibu bapa Ammar yang mengkhatankan Ammar awal mungkin menjadi penyebab Ammar matang lebih awal.(mungkin ada anak nanti boleh praktikkan) Tapi Alhamdulilah Ammar melalui zaman kanak-kanaknya sama seperti kanak-kanak yang lain yang dilengkapi dengan pelbagai kemahiran seperti seni bela diri dan berenang disamping pendidikan agama sejak kecil lagi sebelum dihantar ke Maktab Tentera.

Akhlak Ammar lah yang menjadi keunikan buat Ammar. Minat ibu bapa (sejarah islam) seiring dengan minat Ammar menjadikan Ammar sukses dalam setiap bidang yang diceburinya. kecemerlangan akademik adalah perkara kecil berbanding matlamat wawasan ummah dan akhirat yang subur dalam diri Ammar. Ammar  yang sentiasa ringan tulang untuk membantu dan sentiasa tahu keperluan orang lain. Menurut Pn Azlina..wanita dan lelaki sebaiknya kahwinlah selewatnya berumur 25 tahun. Ini kerna gerak kerja dakwah dapat diteruskan dalam usia 50 ke atas tanpa merisaukan anak-anak lagi. anak-anak da besar...diri pula masih sihat inshaAllah untuk meneruskan kerja-kerja dakwah. ~~~ InshaAllah..ya Allah permudahkan buat kami dalam mencari jodoh yang mencintai kerja dakwah..yang mencintai majlis ilmu..yang mencintai diri ini kerna mencintai MU ya Rabbi.

saya ringkaskan perkongsian Ibunda si Syahid Ammar ialah "
1 ~ matlamat rumah tangga sejak awal ialah mendapat keredhaan Allah.
2 ~ Ujian dan cabaran alam rumah tangga perlu diharungi dengan berhati-hati..teliti demi pembentuKkan akhlak anak-anak.
3 ~ selesaikan masalah rumah tangga di dalam bilik tidur. Ini bermakna keluar dari bilik..masalah perlu selesai dan dilupakan dan sedia membaiki diri dan rumah tangga.

 ~~~ Alhamdulilah..buat dirinya bergelar suami satu hari nanti...Inilah contoh keluarga sakinah. kita perlu mula dari dalam diri kita..kau dan aku bertanggungjawab untuk melahirkan lebih ramai " Ammar" yang memiliki wawasan dan matlamat yang sama untuk Ummah dan akhirat..buat dirimu..buat diriku...jadikan ia satu ikhtibar buat kita membaiki hubungan ini demi mencari redha Ilahi~~~




Thursday, 12 December 2013

Kem PGT 433

Assalamualaikum dan selamat malam buat diriku sendri >_< sebenarnya malasnya nak tulis entry bagai...macam kena buat asigment pulak da. tapi takpalah...merapuh la juga sikit-sikit meskipun punyalah malas nak buat entry..

ok..ermmmm...sekarang da masuk disember 2013. Baru-baru ni aku p camping. Alaa...perkhemahan..sem lepas kami kena teater..kali ini kami kena camping pulak..memanglah biasa camping..semua orang p camping kan tapi ini lain..teater dan camping ni termasuk dalam silibus atau subjek yang kami kena amik kat USM nie selaku bakal-bakal cikgu ^_^.

ok..saya bakal guru ! PGT 433 nama diberi subjek tu..wahhh...mulanya aku tak suka kelas tu...ntahlah sbb dia petang kowt..aku pantang kelas petang-petang nie...banyak godaan la katakan...tapi oleh sbb kena juga selesaikan camping kami tu..kena la juga datang sbb ada meeting pasal persediaan perkhemahan. Yang bestnya..kami la peserta..kami la juga urusetia ^_^. Apa lagi....

dipendekkan ceritanya..aku malas nak taip2 da...kang nanti aku tak taip lupa plak...benda ni boleh tunjuk kat anak-anak murid aku nanti" ok murid-murid..dulu cikgu ada buat blog..jenguklah ya" ok merapuh lagi...haha

oklah....kali berkhemah di Negeri Jelapang Padi iaitu Kedah di Kem Palas Titi Hayun pada 6.7.8 disember 2013. Peserta semua wanita @ cikgu-cikgu wanita,

malas da naik taip2....nah ni simpanan kenangan...





 padi mula menguning :)

 tapak berkumpul
 istimewanya kem Palas ni...ia berhadapan dengan gunung Jerai. kalau cuaca baik..ada 7 air terjun yang kita dapat nampak jelas. Tp pakai kemera murah jerrrr :( 

 kakak senior

 yang ni kak Aza,...kak lemah lembut..dia ketua ajk peralatan ^_^


 semua muslimat..no muslimin dalam kem kali ini..yeyyyy best sekali..bebas..bebas









Cikgu mimi dan Cikgu Balqis... saya akan merindui kalian suatu hari nanti







 

Blogger news

Blogroll

About