Pages

Monday, 26 August 2013

Masih segar di Ingatan 1.

BismillahiRahmaniRahim..
tahun ketiga bakal dijejaki..mencari arah tujuan bergelar siswi tahun ketiga. Diri baru bertapak kukuh.. Masih teringat kali pertama melangkah masuk ke alam universiti...

 SubahanaAllah, Percaturan Allah lah yang terbaik. Sejak tingkatan 1-6 tidak pernah berpisah dengan keluarga tercinta. Sengaja ku pilih belajar keluar dari bumi Sabah di bawah bayu. Sengaja ku pilih. Namun ia bukan semudah disangka.

Benarlah..merantau membuahkan pengalaman suka..pahit dan manis. Dari sekecil-kecil perkara, sehingalah kepada perkara yang besar.. semua dilakukan dengan sendirian. Jauh mengajar erti berdikari..jauh mengajar erti rindu yang sebenar..jauh itu mendidik hati.

mengimbau kenangan pertama kali ku berangkat ke Bumi Minden @ Universiti Sains Malaysia nun jauh di bahagian utara Malaysia..hanya Allah yang tahu gelojak rasa di jiwa. Syukur ku kepada Allah kerna terpilh menjadi siswi USM...Namun sedihku memikirkan nasib di negeri orang. 

barang dipackingkan...serba -serbi sebagai pelajar baru. Besar dan beratnya beg bukan kepalang. Digagahkan diri mengheret beg beroda dengan langkah yang tidak tertafsir. Hati gembira bercampur sedih. sugul dan  sedih ntah kenapa..jika sedih kerana terpisah dengan keluarga tercinta..tapi ini adalah pilhan diri. Ibu tersayang menyokong keputusan anak sulungnya dalam kerisauan. Mata ibu bercerita. 

Masih segar di ingatan, erat dan penuh makna pelukan ibu tercinta di lapangan terbang. Dek terpengaruh dengan senior dan sahabat-sahabat yang gagah melangkah untuk mendaftar diri tanpa ibu bapa tersayang. kami memilih untuk mendaftar sendirian.. Mira Fathilah nama diberi, sahabat yang akan terbang bersama merantau dalam medan pencarian ilmu. Temu janji diatur bersama sahabat-sahabat yang datang dari daerah yang sama iaitu daerah Kunak.  kami semua berempat pada ketika itu....Berjanji bertemu di bumi Usm . Alhamdulilah, kami dipertemukan dengan mudah. ..benang ukhwah disulam kukuh umpama adik beradik di bumi asing.

Mendaftar diri di desa/ kolej kediaman Restu. lafaz bismillah dan salam dihulur meskipun aku bersendirian ketika itu..rasa rindu terlalu tebal. Tangis kerinduan berlagu syahdu apabila senja berlabuh. Azan magrib menambahkan rasa "homesick" yang ada. Tanyakan perasaan ini kepada si perantau, apa di rasa jika senja datang menyapa... rindu pada mereka yang jauh semakin menusuk kalbu. Sejadah ku bentangkan..sebagai solat pertama di Usm. Rindu itu semakin menebal melihat sejadah dan sepasang telekung baru hadiah dari mak.

Allah permudahkan segalanya buat aku. Kunci bilik kekal aku perolehi meskpun sepatutnya diperoleh selepas selesai pendaftaran..ini bermakna aku tidak perlu berpindah bilik lagi. Barang-barang dikeluarkan..baju..kasut...dan laptop dimasukkan ke dalam laci masing-masing
AL
Sendirian di dalam bilik... menanti hari pendaftaran pada esok hari. Sunyi sekali desa ketika itu..sesekali rasa takut dan seram menyelebungi diri. Diri memberanikan hati.. menanti hari esok untuk  bertemu sahabat-sahabat Kunakians di dewan pendaftaran.




Saturday, 17 August 2013

Jelajah Dakwah Sabah / JDS'13 Vs Marsis

Jelajah Dakwah Sabah pada tahun 2013 kali ini memilih lokasi sekitar Kota Kinabalu, Kota belud, Kota Marudu, Ranau, Kundasang dan Sukau di Sandakan. JDS'13 ini dianjurkan oleh NGO Markaz Siswa-siswi Islam Sabah ( MARSIS ) selain mendapat kerjasama daripada ' Sabah Care ' dan Persatuan Siswazah Sabah ( PSS ).

MARSIS ialah NGO yang diangotai oleh siswa-siswi Islam Sabah yang belajar di Semenanjung Malaysia. Aktiviti MARSIS lebih banyak berjalan di semenanjung terutamanya pada cuti semester satu atau dua minggu. Namun demikian, JDS merupakan program tahunan yang akan dijalankan di sekitar sabah sebagai medium dakwah kepada setiap ahlinya selain memanfaatkan masa cuti di Sabah. ( skemanya ayat ! )

Tugas berdakwah itu terletak pada bahu setiap umat islam. Berdakwah dengan apa cara sekalipun asalkan matlamat tercapai dengan cara yang syariat.  Bercerita pasal JDS'13 ini, JDS kali ini dijalankan pada bulan Ramadhan iaitu antara 30 julai - 2 ogos 2013.  MARSIS juga lazimnya akan berkerjasama dengan Persatuan Siswazah Sabah ( PSS ) iaitu siswa/wi yang berada di sabah atau belajar di Sabah. Ini bermakna, semua siswa/wi boleh menyertai JDS meskipun bukan pelajar islam yang belajar di Semenanjung.

Bentuk Aktiviti pula ialah slot motivasi di sekolah, acara sumbangan bantuan kepada penduduk kampung, majlis berbuka puasa bersama NGO Sabah Care, dan bersama anak yatim Putera Harapan Ranau.

 hari pertama iaitu 30 ogos

 Pagi bersama pelajar tingkatan 5 SMK Inanam

 memperkenalkan MARSIS dan kelebihan MARSIS dalam membantu pelajar-pelajar baru

sebelah tengahari pula menziarah penduduk kampung. Rumah nie ada seorang anak OKU. Selain kampung Inanam Laut, kami juga ke kampung warisan.

 Sumbangan juga diberikan kepada penduduk kampung Rosop Laut, kg Taka dan Kg kemiri"i di Pitas. Daerah Kota Marudu pulak Kg Parong dan Kg Sinisian Di Kundasang.


Penatnya bukan kepalang...sebab kena jelajah kampung2 masa bulan puasa pulak tu..angkat barang sumbangan yang terdiri daripada beras..gula,tepung dan bahan-bahan mentah yang lain. Akibatnya... pantang duduk dalam bas..ramai yang akan ambil kesempatan untuk tido dalam bas.
agihan sumbangan oleh muslimat..macam panas kan ?? tp tempat ni sejuk ;)
berjalan kaki ke kampung-kampung

gigih kan ?? panas2 nie.....bulan ramadhan plak tu.... 






menunggu tugasan ^_^


berlindung di bawah rumah orang.... di pangil "bawah kolong rumah "  klu orang Sabah.
berpecah-pecah mencari rumah yang patut menerima sumbangan
kmpulan kami..



 cuba tgok dinding ^_^..payau ( rusa ) tuu....mampu ???

semasa sukaneka bersama anak-anak kampung...

 pakaian yang akan disumbangkan


muslimat asingkan baju2 yang akan di sumbangkan...muslimin plak agih barang-barang dapur sbg sumbangan  masjid di kota marudu,...

~ selepas dua hari di sekitar K.Kinabalu....Kota belud dan Ranau..kami akan ke ranau...dekat kundasang ^_^ ~






Gambar bersama2 anak-anak yatim tiada sebab msa tu kamera da "nazak"... tapi saya kongsikan sedikit kajian psikologi melalui lukisan adik2 tu semua...sapa yg belajar psikologi faham lah maksd tersirat tu...




oklah...setakat itu sajalah cerita pasal JDS'13 nie... InshaAllah bertemu dalam JDS akan datang ;)
 

Blogger news

Blogroll

About