Pages

Wednesday, 17 July 2013

~ Wahai Pemilik Hati..Kau Maha mengerti apa yang di HATI ~

~ Jalan menuju Allah ertinya jalan menuju syurga. Syurga itu tidak ternilai harganya. Perumpamaan umpama kaca dengan permata. Kaca itu murah dan mudah didapati di mana-mana. Tetapi permata itu mahal, amat sukar untuk mendapatkannya. ( Di mana DIA di Hatiku : PMJ)

Sudah ditakdirkan, jalan menuju Allah dipenuhi dengan pujian, godaan, cercaan ..betapa sukarnya. Tetapi apakah kita melaluinya sekadar  kononnya  mengejar syurga sedangkan kita mengeluh dalam meniti perjalanan itu?.

Aku akui, lemah diriku untuk mengejar syurgaMU.

Neraka itu dipagari dengan penuh kenikmatan dan keseronokan, manakala syurga itu dipagari oleh ujian dan kesukaran”

Aku tetap manusia biasa. Yang lemah dan berbalut dosa dengan utuhnya. Hatiku goyah jua dalam perjuangan ku menuju mujahadah itu. Merintih jiwa dalam kegagalan mencari sinar MU. Jiwa terdera selalu berduka.

Di jalan ini, musuh ku adalah diriku sendiri iaitu Syaitan dan hawa nafsu. Terseksa dan sakit ! Andai mujahadah itu umpama Dahan.. mujahadah ku hanya ranting yang rapuh. Lemah, tidak berdaya untuk kuat dalam menuju syurga MU. Terlalu sayangkan diri untuk disakiti dalam jalan mujahadah. Akibatnya, aku banyak rehat, Pahit sudah mengeluh. Pedih sekelumit sudah mengaduh.



Wahai pemilik hati..sungguh kau mengerti..apa yang ada di hati.

0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

About