Pages

Wednesday, 17 July 2013

~ Wahai Pemilik Hati..Kau Maha mengerti apa yang di HATI ~

~ Jalan menuju Allah ertinya jalan menuju syurga. Syurga itu tidak ternilai harganya. Perumpamaan umpama kaca dengan permata. Kaca itu murah dan mudah didapati di mana-mana. Tetapi permata itu mahal, amat sukar untuk mendapatkannya. ( Di mana DIA di Hatiku : PMJ)

Sudah ditakdirkan, jalan menuju Allah dipenuhi dengan pujian, godaan, cercaan ..betapa sukarnya. Tetapi apakah kita melaluinya sekadar  kononnya  mengejar syurga sedangkan kita mengeluh dalam meniti perjalanan itu?.

Aku akui, lemah diriku untuk mengejar syurgaMU.

Neraka itu dipagari dengan penuh kenikmatan dan keseronokan, manakala syurga itu dipagari oleh ujian dan kesukaran”

Aku tetap manusia biasa. Yang lemah dan berbalut dosa dengan utuhnya. Hatiku goyah jua dalam perjuangan ku menuju mujahadah itu. Merintih jiwa dalam kegagalan mencari sinar MU. Jiwa terdera selalu berduka.

Di jalan ini, musuh ku adalah diriku sendiri iaitu Syaitan dan hawa nafsu. Terseksa dan sakit ! Andai mujahadah itu umpama Dahan.. mujahadah ku hanya ranting yang rapuh. Lemah, tidak berdaya untuk kuat dalam menuju syurga MU. Terlalu sayangkan diri untuk disakiti dalam jalan mujahadah. Akibatnya, aku banyak rehat, Pahit sudah mengeluh. Pedih sekelumit sudah mengaduh.



Wahai pemilik hati..sungguh kau mengerti..apa yang ada di hati.

Tuesday, 9 July 2013

Dua tahun bersama St John Ambulance Kor USM

~ coretan tentang St John pada kali ini hanya ingin merekodkan segala yg berlaku sepanjang menjadi ahli St John Usm... bagi aku...orang yang ada kokurikulum selangkah ke hadapan berbanding orang yang tidak mengambil sebarang aktiviti kokurikulum di universiti masing- masing ~

~ Di USM, jurusan pendidikan diwajibkan untuk teribat dengan aktiviti unit beruniform. WAJIB ! penekanan disitu. Oleh sebab itulah, pada awal penglibatan dalam St John nie,,..agak tertekan dengan segala perkataan WAJIB itu. mungkin tekanan yang ada disebabkan oleh "kecemburuan" yang diketahui dari sahabat-sahabat yang berada di universiti yang lain iaitu kokurikulum mereka hanya pada sem 1 dan tidak wajib ~

~ Alhamdulilah, setelah dua tahun terlibat dalam St John..ternyata ia bukan ko.k yang sembarangan ~

~ aku ceritakan sedikit apa yang aku pelajari daripada ko.k nie...semasa tahun 1..kami belajar pasal "First Aid dan semasa tahun dua pula pasal Home Nursing. Tahun 1 agak stress sebab banyak sungguh kena belajar...ada exam plak tu...dan ada praktikal. Home Nursing sangat best bagi aku, sebab apa ? sebab ia berkaitan dengan ILMU PERAWATAN RUMAH yang diajar oleh jururawat Pusat Sejahtera ( Klinik kesihatan Usm ^_^. ~

~ Suka dengan Ilmu perawatan rumah atau Home Nursing nie sebab ...dapat belajar cara - cara mandikan orang yang sakit seperti lumpuh atau koma. Jangan kata orang koma tak perlu dimandikan ! Haaa....sebab apa perlu dimandikan..sebab nanti akan ada kudis tekanan iaitu kudis yang disebabkan oleh baring terlalu lama dan menyebabkan bakteria membiak. Rasa bersyukur sebab Allah pilih untuk masuk St John USM meskipun pada awalnya "ikhlas" itu susah hadir sebab beberapa tekanan yang ada dalam menuntut ilmu ~

~ suka bercerita pasal Home Nursing ni sebab bagi aku ia sangat berguna nanti. ilmu tu boleh dipakai dalam kehidupan kita seharian...di sekolah dan di rumah misalnya. banyak lagi sebenarnya proses belajar dalam St John ^_^. balutan / bandaging tu perkara kecil bagi ahli St John..hee. Teringkat kata sister yang ajar kami...dia kata : kalau kami aplikasikan balutan mcm nie pada anak  kamu or anak murid kamu nanti...Nurse/ klinik atau hospital yang kami pergi dapatkan rawatan susulan tu tahu bahawa kamu ada latar belakang ilmu perawatan.. haa ^_^ untungkan belajar ilmu Perawatan sebabnya ia berguna untuk keluarga..anak-anak dan suami tercinta..aisehhhh...(kemalangan tidak berbau)~

 ~  apa lagi ada dalam St John ??? Ehh banyak lagi...kami belajar pasal ubat-ubatan, cara menguruskan katil pesakit dengan mudah...memandikan pesakit..mencucikan rambut pesakit dengan cara baring..opss lupa...CPR bandaging semua tu wajib dalam PBSM dan St John tapi keunikan St john USM sda aku ceritakan tadi kan :) ~

~ selain exam dan ujian praktikal.. kami juga pergi kem ~ best !!!! Tapi....dalam kem pun kami akan di uji dengan "sudden case" yang akan menguji tahap kemahiran kami. ~

~ Sudden Case ini biasa nya akan diadakan secara mengejut. masih lagi teringat..kem di pusat kokurikulum Kedah..dalam keseronakan malam kebudayaan..tiba-tiba ada orang lari ke arah dewan neminta tolong kerana kawan dia kena baham harimau. Lari ke arah kami sambil bawa tangan terputus pula tu.. dalam keadaaan lampu malam....pergerakan yang panik..berlumuran darah dan individu yang tidak dikenali.. kami pelajar level tahun 1(level 102)...apa lagi...lari bertempiaran..lari lintang pukang ke arah semak samun tepi dewan terbuka. (mcm dewan SMK Kunak Jaya.. dewan terbuka). ada yang menangis sebab terkejut dengan insiden " harimau"... siapalah tidak percaya..kem kami tu tengah-tengah kelapa sawit. tidak mustahil klu ada harimau kan...hahaha....begtulah sudden case..orang tu akan memaksa kami untuk membantu mereka. ~

~ sudden case tu sebenarnya lakonan yang nampak seperti "real". sebab senior-senior akan membuat persedian awal seperti bekalan darah...adunan luka untuk sudden case. pelakon sudden case pula biasanya pelajar pendidikan tahun 3 yang da "tamat st john". ~

~  Apa tugas dan peranan St John ? pengisian ?? macam budak sekolah jak ? ya mungkin aktiviti sama macam budak sekolah. sebenarnya St John diisi dengan pelbagai tugas yang perlu dilaksanakan oleh ahli St John. Tugas pejabat, tugas awam dan tugas khas adalah tugas yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi jam kredit dalam St John. Tugas pejabat dijalankan semasa hari kuliah ( isnin - jumaat ) dan akan mengikut jadual siswa.wi Usm. Hanya perlu satu jam saja bagi memenuhi tugas pejabat yang akan dipenuhi dengan aktiviti pembelajaran ilmu St John sama ada praktikal mahupun teori.

 ~pertandingan perawatan kes juga diadakan bagi menguji kemahiran setiap First Aider iaitu gelaran kepada ahli St John. Dalam pertandingan itu, beberapa situasi diwajudkan dan para pelakon. Pelakon akan cuba menguji first Aider.
~ cerita pasal St john tak kan habis sbb banyak sangat perkara lucu dan kenangan dalam proses belajar tu.~ dikepilkan sekali gambar-gambar semasa dalam St John sepanjang dua tahun ~
gambar minggu2 awal dalam St John. agak lucu kan pakaian nya..putih bersih.




perkhemahan di Pusat Kokurikulum Kedah..4 hari..3 malam


 nama kumpulan kami ^_^ " Reef Knot" 
~ utk perkhemahan tahun 2, kami berkhemah di Perak iaitu di Lenggong Perak.



 setiap kali kem, kami akan diwajibkan membawa baju hujan WAJIB BAWA BAJU HUJAN sebab aktiviti tetap akan dijalankan meskipun hujan ribut mahupun petir *_*
 dalam perkhemahan di Perak..kumpulan aku menjadi kumpulan keseluruhan terbaik ^_^




~ selain aktiviti kuliah St John ( teori dan praktikal) ... kami juga ada pertandingan perawatan kes. Dalam perawatan kes ini, kami akan masuk dalam situasi - situasi tertentu seperti kemalangan, kes rompakan, kebakaran. Apa yang sangat ditekankan dalam memberi perawatan. keselamatan diri sendiri perlu diutamakan sebelum menyelamatkan orang lain.




 ni gambar saya dan bersama "ibu mengandung" yang ingin bersalin. Dalam kes seperti ini, kami akan diuji berkenaan ilmu St John yang telah kami miliki. ( 
~ semasa tugas awam 15 jam yang perlu diselesaikan..maknanya 15 jam berada di padang nie..Padang kota Pulau Pinang ~
 sebahagian Level 202



  ~ pada semester 4 ...selamat menamatkan St John Ambulance. Banyak ilmu yang diperoleh meskipun diri ni payah hadirkan ikhlas pada awalnya .. hanya lafaz alhamdulilah dan rasaSyukur kpd NYA kerna Allah pilh saya dalam proses menuntut ilmu itu ~












 

Blogger news

Blogroll

About