kali ini bertinta tentang darah haid pula, Yala kan..kita bukan nya nak ambil tahu pun selagi takda orang mahu tanya...atau diri sendiri tidak musykil..
saat - saat akhir darah haid atau bersih dari darah haid yang membolehkan kita untuk solat semula ??? macam mana ? apa tanda-tandanya ?
sebelum itu, ingat ya wahai nisa..dalam tempoh kita diberikan "cuti" oleh Allah daripada solat....perasan atau tidak bahawa kita ada rasa malas yang sedikit berbeza untuk mula solat semula yakni kembali solat selepas bersih dari darah haid ????? Perasan tak ???
Itulah yang dinamakan penurunan iman. Perasaan malas punyalah tinggi menggunung. Mulalah kita mencipta alasan untuk melambat-lambatkan "kembali solat selepas kering darah haid" dengan alasan yang macam-macam. AWAS !!! mungkin itu bisikan syaitan.
sedikit panduan untuk kita ^_^
A ) cecair berwarna putih iaitu ( al-qassah al baida')
cecair ini ada orang panggil "benang putih" yang akan keluar bila saat2 akhir haid.
B ) Kering (jaf)
Berhentinya darah haid dan keringnya faraj dimana apabila dimasukkan kapas pada farajnya maka kapasnya tetap kering bersih tidak ada bekas darah atau cairan kuning atau keruh.
Imam Nawawi rahimahullah berkata: “tanda berhentinya haid dan datangnya masa suci adalah: darah berhenti keluar dan lendir berwarna kuning dan keruh keluar, maka apabila telah berhenti (darah) maka dia telah suci baik sesudahnya cairan putih keluar ataupun tidak “. Lihat kitab Al-Majmu’.
Perlu diingat, Cecair keruh atau kuning selepas mandi wajib tu tidak di kira sebagai haid. Syaitan sentiasa cuba dan berbuat tipu daya kepada kita agar2 was2 dan melewatkan mandi wajib.
kalau tempatnya belum kering, yaitu masih ada cairan kuning atau keruh, maka jangan tergesa-gesa sampai betul-betul bersih atau keluar lendir tersebut, sebab dahulu para wanita datang kepada Aisyah membawa kapas yang terkena cairan kuning tersebut, lalu beliau berkata kepada mereka: “jangan kalian tergesa-gesa sampai kalian melihat lendir yang putih” Yang beliau maksud adalah betul-betul bersih suci dari haid. Atsar diriwayatkan oleh Imam Bukhari secara mualaq.
sumber : voa-islam.com dan solusi
Tuesday, 23 September 2014
Saturday, 13 September 2014
Kembali Ke Sekolah Siri 5 ( kks5)
Kembali Ke Sekolah Siri 5
Alhamdulilah...cuti semester 6 sudah berlalu dan cuti sem baru-baru ini juga telah disibukkan dengan program KKS5...bermula dari 10 ogos-16 ogos kali ini ke Ranau-Kota Belud dan Tamparuli.
sepatutnya ke Labuan lagi tapi terpaksa balik awal kali ini.
Teringat pulak KKS3 ...masa tu tahun satu....
Alhamdulilah...cuti semester 6 sudah berlalu dan cuti sem baru-baru ini juga telah disibukkan dengan program KKS5...bermula dari 10 ogos-16 ogos kali ini ke Ranau-Kota Belud dan Tamparuli.
Dalam KKS kali ini, "Ajk Kebajikan dan Kerohanian" adalah tugasan atau tanggungjawab yang diamanahkan juga merangkap orang yang akan menyampaikan slot penghayatan. hehe :P
Smk Kundasang (Ranau)- Smk Narinang dan Smk Kota Belud (Kota Belud) - Smk Tamparuli (Tamparuli)
sepatutnya ke Labuan lagi tapi terpaksa balik awal kali ini.
Teringat pulak KKS3 ...masa tu tahun satu....
Homestay di Kampung Lembah Permai ( Belakang Rumah Gunung Kinabalu...bayangkan kesejukkan nya?)
Kundasang War Memorial dan Kolam Air Panas Poring menjadi destinasi cuti-cuti KKS5 kali ini.
boleh buat photoshoot gambar kahwin kan tempat ni ? hee ^_^
Pekan Kundasang... Anginnya Sejuk. Untung rumah kawasan ni sebab tak perlu pasang kipas.hee
Kini KKS5 dalam Kenangan
Sesi Penghayatan
dengan adik-adik yg ceria lagi baik hati :) Ann.. Rusella and Anik.
KKS5 kini dalam Kenangan :) Alhamdulilah.
Wednesday, 27 August 2014
Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS)
Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah.
BismillahiRahmaniRahim…
Kali ini tulisan pasal Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) pula memandangkan aku ini pemegang biasiswa
BKNS . Bolehlah adik-adik tahu sedikit
pasal BKNS. Sebagai pemulaannya, penulisan
ini sebagai suatu perkongsian juga tanda syukur sebab Allah telah
permudahkan segala urusan dengan anugerah biasiswa yang Allah kurniakan.
Percaya atau tidak bahwa bahawa biasiswa yang
diperoleh tidak dijangkakan pun sebab antara kami sekelas, ramai lagi keptusan
yang gempak-gempak kata oranglah. Tapi lihat????? Jika Allah menetapkan suatu
rezeki buat kita…kita pasti akan memperolehinya ^_^. Sebab itu saya berpegang
pada konsep “Belajar kerana Allah..inshaAllah Dia akan permudahkan” masa STPM dulu-dulu
tu. J
Keputusan
peperiksaan sebelum masuk universiti dulu bukanlah rangking 3 terbaik . Seramai
lebih kurang 9 orang (tak silap aku la hee) yang mendapat kepurusan 3.50 keatas
dalam peperiksaan STPM 2010 di Smk Kunak Jaya tuuu..hanya 2 orang saja yang
mendapat tawaran biasiswa BKNS dan aku tergolong sebagai si bertuah itu. Tapi
Alhamdulilah.. Allah memililih aku dan sahabat sekerja aku yang sama-sama kerja
part time dengan aku dlu sebagai guru kelas pemulihan disekolah lama sebagai penerima biasiswa BKNS..Alhamdulilah.
Alhamdulilah..syukur Allah memilih kami walaupun aku
sendiri tak jangka pun akan dapat biasiswa tu memandangkan aku sudah pun
memohon PTPTN selepas keputusan kemasukan ke universiti diumumkan. Aku tahu aku
dapat biasiswa pun selepas sebulan da belajar kat usm. Mulalah aku kalut
sendiri di USM sebab apa ?? Banyak benda kena urusakan. Mak..cikgu2 sebagai
penjamin dan abg sepupu…budi kalian…hanya Allah yang mampu membalas.
Oklah ..da banyak merapuh..tipsnya bila ?????????
Sebagai seorang pelajar, sumber kewangan sangat
penting untuk menjamin kelancaran semasa perbelanjaan sebagai seorang pelajar.
Buat adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran nanti..di sini ada sedikit
panduan untuk memohon biasiswa kerajaan negeri Sabah.
1.
Permohonan
BKNS dibuka pada April biasanya.
2.
Taip saja “ Biasiswa
Kerajaan Negeri Sabah” .
Buka laman web tu..nanti cari pautan
pasal permohonan biasiswa.
(andai kata masa permohonan dibuka tu
keputusan kemasukkan ke university belum diumumkan lagi…mohon saja BKNS dan
tulis dalam bahagian (maklumat universiti = jurusan..nama university) sama
macam permohonan UPU kamu tu.
3.
Kenal pasti
tarikh buka permohanan atau tutup permohanan.
Contoh. Permohanan dibuka – 1 April
2011
Permohonan ditutup – 30 April
2011.
4.
isi borong
permohanan online.
·
Ingat !!!
permohonan BKNS ni sama macam permohonan UPU. Kena ingat password..kata kunci
atau sebagainya.Ingat password tu sampai bila-bila dengan mencatatkannya dalam
diari peribadi ke…buku catatan ke. Sebab apa??? Sebab kalau permohanan biasiswa
ditolak..kamu boleh mohon tahun hadapan lagi tapi dengan syarat masih
menggunakan password atau kata kunci yang sama. Jadi harus simpanlah kalau
masih mahu mohon BKNS tu.
5.
Isi beberapa bahagian yang diminta. Contoh.:
Pendapatan keluarga, keputusan peperiksaann (Jangan Tipu ).
6.
Log out dari
lama BKNS kalau da selesai isi semua maklumat yang diminta.
7.
Tunggu
sehingga permohonan diluluskan yang lazimnya diumumkan pada September. ( mesti
ingat kata kunci kamu tu ya…sebab mahu semak status pun pakai kata kunci yang
sama.
8.
Kalau permohonan
lulus ??? ucapkanlah Syukur Alhamdulilah..jadilah hamba dan siswa yang taat
nanti. ^_^. Seterusnya..banyak urusan kena diselesaikan terutamanya soal
penjamin dan perjanjian Biasiswa berserta syarat-syaratnya.
~ untuk pengetahuan juga..orang kata BKNS nie susah mahu dapat..ada kaitan juga pasal pengenalan diri dan latar belakang sebab org Sabah nie biasanya ada masalah dari segi pengenalan diri..ada yang dapat IC selepas memegang passport terutama nya ibu bapa...atau juga berkaitan dengan taraf bumiputera. Jadi..kalau tidak dapat....jangan putus asa..boleh cuba biasiswa lain. :)
Nanti dikongsikan lagi ^_^.
Sunday, 18 May 2014
Muslimin Pilihan Muslimah
Alhamdulilah... Allah masih memberi kesempatan untuk bertinta pada kali ini dengan entry
" Muslimin Pilihan Muslimah "
umur-umur 20 an ni normal la dengan persoalan tentang nikah kan ?? Itu tandanya dirimu serius dalam mencorakkan masa depan dengan memilih "si dia" calon yang sesuai :)
Ada dalam kalangan sahabat lain yang memandang sepi dalam soal ini dengan alasan "masih awal"..betulkah masih awal ? atau dirinya takut mengalas tanggungjawab dalam sebuah pernikahan ? Ya Segala kemungkinan itu ada..
Tapi sahabat, soal ini bukan soal main-main. Bukan juga soal cuba-cuba. Maka tidak wajar ia dipandang sepi dengan alasan retorik..Tidak !!! Kerna hakikatnya...mereka yang "masih awal" itulah yang menjadi bakal ibu bapa yang miliki anak bukan anak generasi Quran.
lalu bagaimana ? Bagaimana pilihan hati mu ? Awal atau tidak jelas matlamat sebuah pernikahan? sebelum itu, sedih melihat pasangan bercinta hari ini, lebih ramai yang lupa pada matlamat perkahwinan yang asal.
Mempunyai anak-anak penyejuk mata adalah sebuah impian, tapi tindakan sebelum perkahwinan itu mewariskan sebuah kedurjanaan pada waris-waris mereka. Mana janji awal mahu membina keluarga yang mendapat keredhaan Allah ????
Allah..Allah..Allah..pelihara aku dan pasangan ku..jadikan kami dalam pemerhatianMU Ya Rabbi.
~ Pilih la yang beragama.
Apapun pilihan mu wahai akhi dan ukhti ^_^ pilih la mereka yang memiliki agama..pilihlah mereka yang meletakkan agama sebagai perkara Utama.
kenapa perlu pilih mereka yang meletakkan agama sebagai perkara utama ?
sebabnya.... inshaAllah yang beragama akan memimpin kita ke Syurga. ^_^
Kita ini umat akhir zaman...Generasi yang beragama itu sukar sekali dibentuk kerna pangkal nya sudah "bengkok" mana mungkin dapat yang lurus. Ini juga ingatan buat aku dan kita semua. Risau kan..hari ini ramai yang meletakan agama sebagai tarikan untuk mendapatkan gadis pilihan. Ramai yang berpura-pura ..jauhkan kami dari golonga munafik.
~Pilih yang Rajin
Rajin dalam sebuah rumah tangga itu sangat perlu. Tugas isteri dalam rumah tangga bukan hanya untuk. Membasuh pakaian, masak..menjaga anak..bukan tugas isteri semata-mata. Rasullulah S.a.w Junjungan besar kita juga membantu isteri dalam urusan rumah tangga. Isteri bukan pembantu rumah"..bukan untuk simpan di rumah tapi bawalah dia dalam perjuangan Islam mu dengan tidak menafikan sebaik-baik pekerjaan adalah suri rumah.(melayan suami dan mendidik para mujahid dan mujahidah muda untuk masa hadapan)
Sang Suami...dirimu perlu relevan dengan situasi hari ini..wanita hari ini sudah miliki pendidikan..sudah punya aura di dalam setiap perjuangan yang di impikan nya.
Bayangkan jika suami malas membantu dan tidak biasa melakukan kerja-kerja rumah...semasa isteri dalam pantang selepas melahirkan anak, apa mahu mengharapkan ibu mertua menjaga sang isteri 24 jam ? Atau pembantu rumah ?? Mana prihatinnya dirimu sebagai suami?? Ingat,. dia memilih dirimu kerna percaya kau akan menjaga dirinya..susah senang..sihat dan sakit..apa lagi selepas kesakitan melahirkan zuriatmu. Fikirkan.
~Pilih yang beradab
Kriteria ini perlu ditimbangkan secara serius sebab ada yang berpura-pura baik sebelum mendapatkan diri kita..bila da sah..da nikah...mula la tunjuk peragai..naik minyak...sampai ada yang sanggup halang isteri dari memberi nafkah kepada kedua ibu bapa...malah sepatutnya sebagai menantu lelaki..membantu keluarga mertua itu juga merupakan tanggungjawab penting yang bukan hanya digalas di bahu isteri semata-mata.
Teringat Kekasih Allah. Para suami harus jadikan Rasullulah S.a.w sebagai ikutan utama.
http://www.youtube.com/watch?v=aGwGZndBC4g

Saturday, 26 April 2014
Meneroka Bandar Warisan Taiping
Alhamdulilah....tahun 3..semester kedua hampir sampai ke penghujungnya. setiap semester ada saja tugasan yang akan membawa kami keluar meneroka pengalaman baru sebagai seorang bakal guru. Kalau dulu dalam Kaedah mengajar sejarah 1, kami memilih Negeri Sembilan...Kali ini dalam Kaedah mengajar Sejarah 2 kami ke Bandar warisan Taping Perak.
20. April. 2014 ~ kenangan diukir akan menjadi Sejarah...dan Sejarah itu sebahagian dari kami.
mcm biasa..Keluar dari Pulau Pinang ni sebaik2nya waktu subuh. Ini antara program paling awal yang kami kena berkumpul iaitu jam 4.30 pagi di Padang Kawad Usm. awalnya...banyak-banyak program...inilah paling awal..mula lah aku..alaa.Relek ar..ramai lagi tu lwat....rupanya....fuhh suma da ada...sbb takut kat Dr.
Meriah subuh tu dengan agihan barang..agihan roti dan air. Terasa macam budak sekolah pula. ada yang berangan nak makan nasi lemak jam 4.30am tu....rasa nya bukan sbb lapar tapi sbb angin masuk kowt. Rindu kalian semua nanti :)
4.30 tu belum subuh lagi okeh..kami akan subuh and sarapan sekali di R & R bahagian Perak tp ceq da lupa R & R mana...hee..kali ini juga agak unik la...sbb kami dibekalkan RM10 seorang...banyak penajaan la kowt ^_^
malas da mahu menaip...nahh gambar...sbg kenangan.
kami bergambar kat depan bas ni...sbb ni bas Medic n Pergigian.....haha....bas ni cantik..besar....takda nama Usm kan ?? Rupa nya ni bas USM juga..baru tahu,,,,awat takda logo usm ??? Terima kasih kepada YDP USM ^^ sebab dapatkan bas ini untuk kami...al maklum...YDP juga classmate kami..giler MPP takdapat bas ?? hee
bersama dua budak ni..buat aku rindu :P tetttttttttt....
hek eley......
Kami di bahagikan kepada beberapa kumpulan di sekitar Taiping..kami dipecah-pecahkan..dan ini ahli kumpulan aku. ada seorang sesat sini....dia dalam kamera semua orang muka dia ada ^^
Cikgu Dayah...cikgu Ayu..cikgu Ila ^_^
perkarangan Galeria Pertama...sebenarnya galeria tu rumah lama.
karya anak kepada pemilik Galeria ini
Cikgu Dini...Cikgu Balqis..Cikgu Eilah
ini di dalam bilik kebal..mula2 takut la juga nak jenguk atau masuk...tp bila da dapat arahan En Anuar (Pemilik Galeria Pertama) untuk masuk....baru masuk....agak sejuk dalam bilik kebal ni
Logo yang ada pada peti besi di dalam bilik kebal
menyampaikan penghargaan kepada Encik Anuar kerna sudi menerima kedatangan kami.
nampak usang kan bangunan ni...tap inilah kami...kami suka pada bangunan lama mcm nie..bangunan ni betul di hadapan Galeria Pertama.. info yang ada setakat ni..bangunan ni ada masalah dari segi hak milik..so tak dapat nak baiki dan guna pakai bangunan ni buat masa terdekat..Dalam perancangan bangunan ni akan dibuat hotel...Kalau da siap..aku dapat bayangkan dekorasi yang ada dalam bangunan tu ala-ala Inggeris.
Selesai kerja di Galeria Pertama,..kami berkumpul di Muzim Matang Perak. (ada ahli kumpulan lain disana yang sedang menanti kami)..Muzium Matang sebagai tempat berkumpul..ada 3 kumpulan iaitu - Kumpulan Bukit Larut..Galeria Pertama dan Kumpulan Muzium Matang.
Muzium matang ni best ^_^ Sbb tempat Ngah Ibrahim dan Long Jaafar. Penemuan demi penemuan kami dapat. Pemilik Galeria Pertama adalah keturunan Long Jaafar dan Ngah Ibrahim..maka tidak hairanlah kan En Anuar Bersungguh dalam mengkaji keturunannya.
ini lah dia Rumah Ngah Ibrahim... memang tertarik dengan Sejarah Ngah Ibrahim ni sebab dia lebih kaya daripada Sultan Perak pada ketika itu. pengusaha Bijih Timah di Tanah Melayu yang mentadbir Larut. Perak masa itu belum wujud....yang wujud ialah Larut. Ngah Ibrahim mewarisinya daripada Long Jaafar. sekarang rumah nie jadi Muzium yang dipanggil Muzium Matang.
~ kajian mendapati bahawa Long Jaafar membawa masuk lebih awal pelombong Cina iaitu dalam 20 orang untuk mengusaha Lombong manakala semasa Ngah Ibrahim ambil alih plak..beliau membawa lebih banyak pelombong Cina dari Pulau Pinang. bukannya British yang bawa masuk.
~ Hubungan Larut dengan Pulau Pinang sangat dekat sbb hasil bijih akan dibawa ke Pulau Pinang. Yang menariknya lagi, Di Penang..jalan Manteri..masih terdapat rumah kedai milik Long Jaafar sehingga hari ini.
~ Larut mendpat nama kerana si larut (gajah) yang menemui Bijih Timah apabila si larut hilang beberapa hari di hutan dan kembali kepada tuannya..tuannya melihat ada kerdipan di bahagian kaki si larut. maka pencarian pun bermula ^^..lalu ditemuilah bijih Timah.
~ Ngah Ibrahim yang telah dibuang negeri tu dikatakan tidak dimaklumkan tentang pembuagan tersebut..mgkin sebab itu beliau pergi sehelai sepinggang dan meninggalkan keluarga di sini.
perkarangan rumah Ngah Ibrahim. Besar dan ada tembok batu.hadapan rumah pula ada meriam.
replika kisah si Larut. kaki terbenam di dalam lumpur yang ada bijih Timah,
salah satu bilik tahanan di dalam Runah Ngah Ibrahim sendiri yang dibuat oleh British. Antara tokoh yang pernah dipenjarakan ialah Dato Maharajalela dan Ngah Ibrahim sendiri.
Bijih Timah..kecik ja...berkilau. (pertama kali jugak aku tgok bijih timah nie.....yang ni da diproses okeh...nampak tak kilauan?)
Rumah Ngah Ibrahim ini dijadikan pejabat pentadbiran British selepas British ambil alih.
Kamar Ngah Ibrahim.. beliau seorang yang sangat kaya dengan perabot ukiran dan sulaman pada cadar tilam.
Staf Muzium Matang ini ada cerita sikit...semasa hari jenazah/ kubur Ngah Ibrahim ditunggu dari Singapura untuk dimakamkan semula di perkarangan rumah Beliau di tepi rumah nie....pada hari tu jugalah.... Bilik ini umpama ada "orang" yang sedang baring di atas tilam tu..cadar yang kemas kelihatan seperti ada yang usik...staff yang naik ke bahagian atas untuk tgok keadaan sekeliling sedikit terkejut seperti ada orang lalu dengan laju. tapi firasatnya mengatakan ia bukan " Ngah Ibrajim" kalau betul itu adalah roh atau sebagainya...yang pasti ia bukan "Ngah Ibrahim"..tp mungkin Sultan Perak kataya. kenapa benda tu muncul semasa hari jenazah Ngah Ibrahim hendak dipindahkan.
~ Tidak mustahil bukan..roh yang tidak tenang.~
Rumah Ngah Ibrahim ini juga dijadikan mahkamah oleh British rentetan peristiwa pembunuhan Jww Birch oleh Dato Maharalela dan sahabat2nya yang lain.
Makam Ngah Ibrahim selepas dipindahkan.
selesai saja kajian..kami ke kedai Mak Jah di Kuala Sepetang untuk makan Mee Udang. Ini Mee udang biasa..mee udang special da habis katanya. ~~~
Saturday, 15 March 2014
Jika Berkasih A.K.A Cinta
sekadar memerhati pada sudut akal...menilai dengan mata hati.
Manusia lahir dari dasar Cinta..Kasih dari Ilahi. Maka tidak hairan jika manusia sinonim dengan cinta. kali ini cinta pada manusia menjadi fokus. Sahabat-sahabatku..jika penulisan ini menguris hati kalian..maafkanlah.
sahabatku..Kau dan Aku
Jika kau sedang bercinta..maka berfikirlah soal nikah.
Tapi sebelum bernikah..jagalah ikhtilat dirimu dengan si dia.
Bimbang habis manis sepah dibuang.
Hilang manisnya...
Hilang rasa malu-malu itu bila kita bersua muka dengan saat kita mata bertentang mata.....
saat cincin dsarungkan di jari manis kita berdua, sudah tiada getarnya..kerana kita sudah biasa disebalik kegagalan menjaga ikhtilat kita.
Sungguh..
memelihara itu payah..tapi itulah janji Allah.
Jika jodoh tak kemana..tak perlu bersua selalu..
tak perlu menanti saban waktu..kerna jika jodoh itu milik kita berdua...ia sudah tercatat di Luh Mahfuz Allah.
Jangan kerana kegagalan menjaga ikhtilat itu,
syaitan ketawa berdekah..
Kita pula dibuai lena..sedangkan rumah tangga kita bakal hilang kemanisannya.
Jangan kerana Fitrah...cinta kita menjadi Fitnah..Fitnah buat diri sendiri.
Kuatkan ya Allah..kuat aku dan semua muslimat. Agar mampu memelihara diri.
Saturday, 22 February 2014
Indahnya Hari ini !
ya Hannan
Denai Hijau, langit biru, gunung Kelabu,
bukanlah sekadar bingkai satu pemandangan
yang mensuratkan sebuah keindahan
tapi potret hakiki menyerlahkan kebenaran
cermin alam yang mewajahkan kewujudan Tuhan.
Denai, langit dan gunung
adalah satu cubitan kasih pada satu kealpaan
pada limpahan nikmat selaut indah
ke mana titisnya munajat seraut sembah?
Sekian lama melihat alam penuh teratur
mengapa hati masih buta alpa bersyukur?
Denai, langit dan gunung
adalah pantulan lambang biasan tamsilan
gunung....bagai pasak teguh kemurnian iman
langit.....hamparan saujana kelapangan islam
denai....lembah subur kelembutan ihsan
adalah citra di kanvas hati rasa kehambaan
ketika sunyi berwacanalah diri di dalam diri
ya Hannan, teguhkanlah imanku
seteguh gunung itu.......
~ PMJ ~

Subscribe to:
Posts (Atom)