26 mei 2015, menjadi suatu hari permulaan buat persediaan ke arah alam rumah tangga.
Di ambil secara beradab. Ia menunjukkan keseriusan pihak lelaki dalam mengambil diri menjadi sebahagian ahli keluarga mereka.
Dalam majlis ini, kehendak mak menjadi keutamaan. Bagi ibu tercinta, menjalankan urusan perkahwinan tanpa sebarang ikatan yang sah tidak manis dipandang.
Oleh itu, tali ikatan perlu dibuat.
Bukan sekadar mahu melaksanakan urusan walimah, tapi sebenarnya lebih kepada persediaan emosi si anak dalam menyediakan diri sebagai suri rumah tangga. Madrasah anak - anak.Bidadari buat suami. InshaAllah.
Diriku tidak terlepas dari kelaziman majlis pertunangan yang sering dibuat sejak kebelakngan ini. Lumrah setiap ibu bapa, mahukan yang terbaik buat anak masing-masing. Apatah lagi anak sulung..majlis pertama buat aku. Haha..cehh gtuy,,,
Buat sekadar yang termampu, yang penting beradat juga beradab. Proses peminangan berjalan lancar dengan musyawarah antara dua buah keluarga.
Tiada pertemuan tanpa pengtahuan ahli keluarga. Alhamdulilah.
Dengan ikatan yang dibuat, maka persediaan itu perlu lebih mantap. Bagi aku, persediaan kearah walimah itu no dua. Tapi yang utama ialah menyediakan diri menjadi isteri yang baik itu lebih utama. Hal walimah, mak aku sangat utamakan. Jadi aku cuma fokus pada persediaan emosi. Membaiki diri dan menimba ilmu pengetahuan yang sesuai.
Doakan semoga Allah memelihara hubungan ini.