setelah sekian lama biar tanah blog ni ditumbuhi lalang..hari ini aku kembali "membersihkan" dan update sebagai tanda kenangan buat aku sendiri juga buat sesiapa yang hendak menjenguk masa silam.
2 Februari Hingga 15 Mei 2015...kami jurusan pendidikan Usm sidang 2011/2012 menjalani latihan mengajar selama 15 Minggu.
~ Segala Perbuatan bermula daripada sembang~
Umpama anak kecil yang baru belajar merangkak..baru bertatih untuk memijak dunia sebenar. Tapi anak kecil tadi lupa memakai selipar comel dan pelindung lutut sebagai persediaan buat kaki dan lutut comelnya yang halus spy tidak tercalar dengan segala batu-batuan yang ada.
Begitu juga kami. Ibarat anak kecil yang lupa untuk berhati-hati. Kami lupa berhati-hati dengan segala persediaan yang perlu untuk berhadapan dengan ragam manusia..ragam anak murid yang comel..lupa berhati-hati menjaga hati kami agar tidak mudah tercalar.
Akibatnya, kami kalah pada emosi. nangis pada hari- hari terakhir sebelum latihan mengajar tamat.
Sedikit catatan memori dari kami..geng L.M SMK Dato Kailan ^_^
kelas 2 Cekal 2015
Prep Malam
K'unn pulun dalam Aktiviti P & P dalam kelas :P
Encik Din merangkap penyelia asrama
cikgu Fina, cikgu Fauziah, cikgu Fatimah & cikgu Afiqah
Sambil berlatihan mengajar..sempat mengambil upah menjadi guru Tuisyen tak bertauliah dalam Bahasa Cina
Pergerakan Putri Islam
Lawatan sekolah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Singgah di Masjid negara untuk solat.
makan lewat malam dengan Ustaz Nizam. Kawan yg sangat baik ^_^ ..semoga ukhwah kita bertaut kukuh
Jamuan Perpisahan Kelas 1 Luhur
Jamuan Perpisahan dengan kelas 1 Usaha.
Jamuan Perpisahan dengan 1 Iltizam
4 Perdagangan 2
Anak murid Kelas 1 Luhur
Kem Kepimpinan Pengawas bersama anak murid-murid kelas yang saya ajarkan ^^
Hari Terakhir : Memberi Diges Pendidik kepada pihak sekolah
coretan buat teman SMK Dato' Kailan. Sahabat-sahabat guru terutamanya Ustaz Nizam dan Cikgu Fauziah. Mengenali kamu semua buat aku dan Fika berasa betapa beruntungnya kami kerna dapat berkenalan dengan orang-orang baik seperti ampa berdua. Tersilap..terkecil hati..terasa hati, kami minta maaf. Sungguh temanku...tanpa kamu..latihan mengajar kami tiada bermakna..suram tanpa sahabat sebaya. Perkenalan ini akan dipahat kukuh di dalam memori hati. Andai punya jodoh bersua kembali..kami pasti bertandang. Kerna apa kami bertandang ?? Kerna ada kenangan..maka rindu mekar berbunga.