Pages

Saturday, 20 June 2015

One Step Closer

Alhamdulilah,

26 mei 2015, menjadi suatu hari permulaan buat persediaan ke arah alam rumah tangga.

Di ambil secara beradab. Ia menunjukkan keseriusan pihak lelaki dalam mengambil diri menjadi sebahagian ahli keluarga mereka.

Dalam majlis ini, kehendak mak menjadi keutamaan. Bagi ibu tercinta, menjalankan urusan  perkahwinan tanpa sebarang ikatan yang sah tidak manis dipandang.
Oleh itu, tali ikatan perlu dibuat.

Bukan sekadar mahu melaksanakan urusan walimah, tapi sebenarnya lebih kepada persediaan emosi si anak dalam menyediakan diri sebagai suri rumah tangga. Madrasah anak - anak.Bidadari buat suami. InshaAllah.

Diriku tidak terlepas dari kelaziman majlis pertunangan yang sering dibuat sejak kebelakngan ini. Lumrah setiap ibu bapa, mahukan yang terbaik buat anak masing-masing. Apatah lagi anak sulung..majlis pertama buat aku. Haha..cehh gtuy,,,

Buat sekadar yang termampu, yang penting beradat juga beradab. Proses peminangan berjalan lancar dengan musyawarah antara dua buah keluarga. 

Tiada pertemuan tanpa pengtahuan ahli keluarga. Alhamdulilah.

Dengan ikatan yang dibuat, maka persediaan itu perlu lebih mantap. Bagi aku, persediaan kearah walimah itu no dua. Tapi yang utama ialah menyediakan diri menjadi isteri yang baik itu lebih utama. Hal walimah, mak aku sangat utamakan. Jadi aku cuma fokus pada persediaan emosi. Membaiki diri dan menimba ilmu pengetahuan yang sesuai.

Doakan semoga Allah memelihara hubungan ini. 




Sunday, 17 May 2015

Latihan Mengajar

Bismillah...

setelah sekian lama biar tanah blog ni ditumbuhi lalang..hari ini aku kembali "membersihkan" dan update sebagai tanda kenangan buat aku sendiri juga buat sesiapa yang hendak menjenguk masa silam. 


2 Februari Hingga 15 Mei 2015...kami jurusan pendidikan Usm sidang 2011/2012 menjalani latihan mengajar selama 15 Minggu.

~ Segala Perbuatan bermula daripada sembang~

Umpama anak kecil yang baru belajar merangkak..baru bertatih untuk memijak dunia sebenar. Tapi anak kecil tadi lupa memakai selipar comel dan pelindung lutut sebagai persediaan buat kaki dan lutut comelnya yang halus spy tidak tercalar dengan segala batu-batuan yang ada. 

Begitu juga kami. Ibarat anak kecil yang lupa untuk berhati-hati. Kami lupa berhati-hati dengan segala persediaan yang perlu untuk berhadapan dengan ragam manusia..ragam anak murid yang comel..lupa berhati-hati menjaga hati kami agar tidak mudah tercalar.

Akibatnya, kami kalah pada emosi. nangis pada hari- hari terakhir  sebelum latihan mengajar tamat.

Sedikit catatan memori dari kami..geng L.M SMK Dato Kailan ^_^



kelas 2 Cekal 2015

Prep Malam


K'unn pulun dalam Aktiviti P & P dalam kelas :P
 Encik Din merangkap penyelia asrama
 cikgu Fina, cikgu Fauziah, cikgu Fatimah & cikgu Afiqah



Sambil berlatihan mengajar..sempat mengambil upah menjadi guru Tuisyen tak bertauliah dalam Bahasa Cina


Pergerakan Putri Islam
 Lawatan sekolah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

 Singgah di Masjid negara untuk solat. 
 makan lewat malam dengan Ustaz Nizam. Kawan yg sangat baik ^_^ ..semoga ukhwah kita bertaut kukuh

 Jamuan Perpisahan Kelas 1 Luhur
 Jamuan Perpisahan dengan kelas 1 Usaha.

 Jamuan Perpisahan dengan 1 Iltizam
4 Perdagangan 2

Anak murid  Kelas 1 Luhur
Kem Kepimpinan Pengawas bersama anak murid-murid kelas yang saya ajarkan ^^
Hari Terakhir : Memberi Diges Pendidik kepada pihak sekolah

coretan buat teman SMK Dato' Kailan. Sahabat-sahabat guru terutamanya Ustaz Nizam dan Cikgu Fauziah. Mengenali kamu semua buat aku dan Fika berasa betapa beruntungnya kami kerna dapat berkenalan dengan orang-orang baik seperti ampa berdua. Tersilap..terkecil hati..terasa hati, kami minta maaf. Sungguh temanku...tanpa kamu..latihan mengajar kami tiada bermakna..suram tanpa sahabat sebaya. Perkenalan ini akan dipahat kukuh di dalam memori hati. Andai punya jodoh bersua kembali..kami pasti bertandang. Kerna apa kami bertandang ?? Kerna ada kenangan..maka rindu mekar berbunga. 

Thursday, 19 February 2015

Pulau Pangkor - Bengkel keusahawanan

5-7 disember 2014

Mungkin penutup kepada aktiviti kepada segala macam aktiviti yang dianjurkan di Usm nie. Mungkin.

Penyertaan pada awalnya..hanya mahu melihat tempat orang a.k.a jalan-jalan kononnya. Tapi alhamdulilah..perjalanan ini bukan perjalanan sia-sia.

 bengkel yang mengajar kami dengan sesi "muka tebal" sebagai peniaga...muka tebal dalam mempromotkan barangan yang kami jual.

penat yang ada cuma sedikit jika dibanding dengan pengalaman yang diperoleh. 

Berniaga itu seronok berbanding makan gaji. Mungkin aku akan buat dua - dua ^_^ hehehe... 


 

Blogger news

Blogroll

About