Alhamdulilah....tahun 3..semester kedua hampir sampai ke penghujungnya. setiap semester ada saja tugasan yang akan membawa kami keluar meneroka pengalaman baru sebagai seorang bakal guru. Kalau dulu dalam Kaedah mengajar sejarah 1, kami memilih Negeri Sembilan...Kali ini dalam Kaedah mengajar Sejarah 2 kami ke Bandar warisan Taping Perak.
20. April. 2014 ~ kenangan diukir akan menjadi Sejarah...dan Sejarah itu sebahagian dari kami.
mcm biasa..Keluar dari Pulau Pinang ni sebaik2nya waktu subuh. Ini antara program paling awal yang kami kena berkumpul iaitu jam 4.30 pagi di Padang Kawad Usm. awalnya...banyak-banyak program...inilah paling awal..mula lah aku..alaa.Relek ar..ramai lagi tu lwat....rupanya....fuhh suma da ada...sbb takut kat Dr.
Meriah subuh tu dengan agihan barang..agihan roti dan air. Terasa macam budak sekolah pula. ada yang berangan nak makan nasi lemak jam 4.30am tu....rasa nya bukan sbb lapar tapi sbb angin masuk kowt. Rindu kalian semua nanti :)
4.30 tu belum subuh lagi okeh..kami akan subuh and sarapan sekali di R & R bahagian Perak tp ceq da lupa R & R mana...hee..kali ini juga agak unik la...sbb kami dibekalkan RM10 seorang...banyak penajaan la kowt ^_^
malas da mahu menaip...nahh gambar...sbg kenangan.
kami bergambar kat depan bas ni...sbb ni bas Medic n Pergigian.....haha....bas ni cantik..besar....takda nama Usm kan ?? Rupa nya ni bas USM juga..baru tahu,,,,awat takda logo usm ??? Terima kasih kepada YDP USM ^^ sebab dapatkan bas ini untuk kami...al maklum...YDP juga classmate kami..giler MPP takdapat bas ?? hee
bersama dua budak ni..buat aku rindu :P tetttttttttt....
hek eley......
Kami di bahagikan kepada beberapa kumpulan di sekitar Taiping..kami dipecah-pecahkan..dan ini ahli kumpulan aku. ada seorang sesat sini....dia dalam kamera semua orang muka dia ada ^^
Cikgu Dayah...cikgu Ayu..cikgu Ila ^_^
perkarangan Galeria Pertama...sebenarnya galeria tu rumah lama.
karya anak kepada pemilik Galeria ini
Cikgu Dini...Cikgu Balqis..Cikgu Eilah
ini di dalam bilik kebal..mula2 takut la juga nak jenguk atau masuk...tp bila da dapat arahan En Anuar (Pemilik Galeria Pertama) untuk masuk....baru masuk....agak sejuk dalam bilik kebal ni
Logo yang ada pada peti besi di dalam bilik kebal
menyampaikan penghargaan kepada Encik Anuar kerna sudi menerima kedatangan kami.
nampak usang kan bangunan ni...tap inilah kami...kami suka pada bangunan lama mcm nie..bangunan ni betul di hadapan Galeria Pertama.. info yang ada setakat ni..bangunan ni ada masalah dari segi hak milik..so tak dapat nak baiki dan guna pakai bangunan ni buat masa terdekat..Dalam perancangan bangunan ni akan dibuat hotel...Kalau da siap..aku dapat bayangkan dekorasi yang ada dalam bangunan tu ala-ala Inggeris.
Selesai kerja di Galeria Pertama,..kami berkumpul di Muzim Matang Perak. (ada ahli kumpulan lain disana yang sedang menanti kami)..Muzium Matang sebagai tempat berkumpul..ada 3 kumpulan iaitu - Kumpulan Bukit Larut..Galeria Pertama dan Kumpulan Muzium Matang.
Muzium matang ni best ^_^ Sbb tempat Ngah Ibrahim dan Long Jaafar. Penemuan demi penemuan kami dapat. Pemilik Galeria Pertama adalah keturunan Long Jaafar dan Ngah Ibrahim..maka tidak hairanlah kan En Anuar Bersungguh dalam mengkaji keturunannya.
ini lah dia Rumah Ngah Ibrahim... memang tertarik dengan Sejarah Ngah Ibrahim ni sebab dia lebih kaya daripada Sultan Perak pada ketika itu. pengusaha Bijih Timah di Tanah Melayu yang mentadbir Larut. Perak masa itu belum wujud....yang wujud ialah Larut. Ngah Ibrahim mewarisinya daripada Long Jaafar. sekarang rumah nie jadi Muzium yang dipanggil Muzium Matang.
~ kajian mendapati bahawa Long Jaafar membawa masuk lebih awal pelombong Cina iaitu dalam 20 orang untuk mengusaha Lombong manakala semasa Ngah Ibrahim ambil alih plak..beliau membawa lebih banyak pelombong Cina dari Pulau Pinang. bukannya British yang bawa masuk.
~ Hubungan Larut dengan Pulau Pinang sangat dekat sbb hasil bijih akan dibawa ke Pulau Pinang. Yang menariknya lagi, Di Penang..jalan Manteri..masih terdapat rumah kedai milik Long Jaafar sehingga hari ini.
~ Larut mendpat nama kerana si larut (gajah) yang menemui Bijih Timah apabila si larut hilang beberapa hari di hutan dan kembali kepada tuannya..tuannya melihat ada kerdipan di bahagian kaki si larut. maka pencarian pun bermula ^^..lalu ditemuilah bijih Timah.
~ Ngah Ibrahim yang telah dibuang negeri tu dikatakan tidak dimaklumkan tentang pembuagan tersebut..mgkin sebab itu beliau pergi sehelai sepinggang dan meninggalkan keluarga di sini.
perkarangan rumah Ngah Ibrahim. Besar dan ada tembok batu.hadapan rumah pula ada meriam.
replika kisah si Larut. kaki terbenam di dalam lumpur yang ada bijih Timah,
salah satu bilik tahanan di dalam Runah Ngah Ibrahim sendiri yang dibuat oleh British. Antara tokoh yang pernah dipenjarakan ialah Dato Maharajalela dan Ngah Ibrahim sendiri.
Bijih Timah..kecik ja...berkilau. (pertama kali jugak aku tgok bijih timah nie.....yang ni da diproses okeh...nampak tak kilauan?)
Rumah Ngah Ibrahim ini dijadikan pejabat pentadbiran British selepas British ambil alih.
Kamar Ngah Ibrahim.. beliau seorang yang sangat kaya dengan perabot ukiran dan sulaman pada cadar tilam.
Staf Muzium Matang ini ada cerita sikit...semasa hari jenazah/ kubur Ngah Ibrahim ditunggu dari Singapura untuk dimakamkan semula di perkarangan rumah Beliau di tepi rumah nie....pada hari tu jugalah.... Bilik ini umpama ada "orang" yang sedang baring di atas tilam tu..cadar yang kemas kelihatan seperti ada yang usik...staff yang naik ke bahagian atas untuk tgok keadaan sekeliling sedikit terkejut seperti ada orang lalu dengan laju. tapi firasatnya mengatakan ia bukan " Ngah Ibrajim" kalau betul itu adalah roh atau sebagainya...yang pasti ia bukan "Ngah Ibrahim"..tp mungkin Sultan Perak kataya. kenapa benda tu muncul semasa hari jenazah Ngah Ibrahim hendak dipindahkan.
~ Tidak mustahil bukan..roh yang tidak tenang.~
Rumah Ngah Ibrahim ini juga dijadikan mahkamah oleh British rentetan peristiwa pembunuhan Jww Birch oleh Dato Maharalela dan sahabat2nya yang lain.
Makam Ngah Ibrahim selepas dipindahkan.
selesai saja kajian..kami ke kedai Mak Jah di Kuala Sepetang untuk makan Mee Udang. Ini Mee udang biasa..mee udang special da habis katanya. ~~~