Pages

Saturday, 8 November 2014

Hari Graduasi ke 50 USM !

Tahun 2014 adalah hari graduasi USM yang ke 50. Tapi bukan aku yang konvo. hahaha

Seronoknya alahai tengok orang lain pakai jubah Konvo. Segulung "kertas" yang sudah lama dinanti-nanti.

Sambutan konvo ke 50 kali ini wajiblah sambut besar-besarlah katakan. ada yang kata Jubli emas.

hermmmm...jeles tengok orang konvo. Tapi tidak mengapa, Konvo ke 52 pula giliran kami :). Kenapa 52 ??? Sebab Usm ada mini konvo iaitu pada bulan april....April untuk mini konvo dan konvo besar-besaran nyaa pada bulan september atau november.

Allah..Allah..Allah..izinkan aku mengembirakan orang-orang yang aku sayang.

Konvo ke 50 tahun Usm kali ini disertai oleh sahabat-sahabat tersayang..iaitu Tim...umi...syuhada.... Sempat sebilik dan bermalam dengan orang-orang bakal konvo semua tu. heee


okeh...cerita sikit pasal Konvo ni...seronok sebab tak join benda-benda lagha kat tapak konvo. Terutamanya konsert sebelah malam. Memang dari dulu...sejak tahun satu lagi sebelah malam ni mmg tak berminat mahu ke tapak konvo meskipun ramai artis jemputan yang gempak-gempak. Alhamdulilah..Allah memilihara langkah kaki ini ^_^


oklah.. mahu kongsikan sedikit gambar kenangan bersama para sahabat yang
 Umi(Tudung Coklet...orang Pahang)....Tim bertudng mustad tuuu orang sabah..Mereka Roomate sejati !!!


Akan merindui saat-saat bersama kalian ....saat hangout..outing bersama. Lepak makan di Ivory..Shoping barang keperluan di B.J Mall..dan Little usrah kita dalam bilik. soal hati...soal tarbiah dibicangkan secara tidak langsung dalam perbualan kita. Selamat bekerja kamu !

Thursday, 23 October 2014

Interactive Museum ~ Made in Penang


Alhamdulilah..cuti mid sem satu tahun keempat di isi dengan melawat muzium interaktif yang ada di Penang.

Apa yang menariknya,..Penang banyak sangat lukisan-lukisan 3 Dimensi ni..baik yang berbentuk muzium ataupun yang ada di luar dan kawasan terbuka seperti lorong-lorong kecil. Pelancong mahupun pelawat macam kami nie akan gigih mencari lukisan-lukisan unik tersebut.

Bagi pencinta seni..boleh la mai Penang nah. Tak rugi mai sebab Penang antara tempat melancong yang menarik bermula dengan Mall...pantai...Bukit...muzium..dan Makanan !!!!

kali ini ke Muzium Interaktif..masuk kena bayar okeh..RM10 untuk yang ada kad pelajar dan Mykad

Ok...kita nak tunjuk romate kita untuk tahun 4 nie...weeee ^_^ Romate yang baik......teman dya p jalan-jalan sekitar Penang Art Street.







Ini sebahagian gambar yang di ambil di dalam Muzium Interaktif..uplod sikit jak nah...malu la dengan post yang  comel lotte ^^..kecomelan ceq untuk suami ja nah. hee
 Yes..akhirnya boleh menyelam di laut yang dalam. :P
mak masak da ke ?

Oklah..sekian percutian kali nie.

Tuesday, 14 October 2014

Ghairah dengan Diploma Pendidikan ????



Diploma pendidikan oleh IPTA/IPTS?? kenapa dengan Diploma pendidikan ?? tak baguskah ? ini bukan tentang Diploma Pendidikan keluaran IPG tapi Diploma Pendidikan keluaran IPTA/IPTS.

Yang aku jumpa nie...Diploma Pendidikan keluaran IPTA okeh.

Tulisan kali ini didorong selepas pertemuan dengan Mahasiswa Diploma Pendidikan Awal kanak-kanak yang sambung Degree di Usm dalam Pendidikan Khas.

Alkisahnya begini, aku sebagai pelajar tahun tahun k4 dalam Ijazah sarjana Muda Pendidikan telah bertemu dengan Junior tahun 1 tapi berumur 24 dan juga Tahun 1 tapi berumur 22 tahun.

Dulu Aku masuk Umur 20 untuk Degree pendidikan dan akan Grad pada umur 24 Tahun InshaAllah. Persoalannya...... Kenapa perlu memilih Diploma Pendidikan ? Bukankah Kerajaan telah mengarahkan semua guru lama yang memegang Diploma pendidikan untuk menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana? habis tu..kenapa Diploma pendidikan di sesetengah Universiti awam masih wujud???? Dimana kedudukan mereka?


Hairan....ke mana hala tuju Diploma Pendidikan sebenarnya ??? kenapa harus memilih Diploma Pendidikan kalau tetap masih menyambung Degree sejurus selepas Diploma.? Kenapa tidak kerja dulu dengan Diploma tu ? (semua soalan itu hendak diajukan kepada pelajar diploma tu tapi demi menjaga hati..daku diamkan saja)


Bagi aku tidak salah...menuntut ilmu itu suatu kewajiban.

Teringat tawaran Diploma dulu, hasrat hati menjadi seorang pendidik telah menghalang aku menerima tawaran Diploma (bukan pendidikan)..maka kaki ini dilangkahkan ke Tingkatan enam saja kerana telah dibulatkan nekad untuk terus mencuba nasib bergelar mahasiswa.wi Pendidikan.

 Pandangan ringkas sebagai seorang yang boleh dikatakan "mahu cepat" .....bagi aku.......

Diploma Pendidikan lalu menyambung Sarjana Muda Pendidikan tidak ada salahnya tapi mungkin salah dari segi perancangan tempoh pelajaran.

kenapa ? Sebab kalau tahu diri hendak sambung Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan tidak pasti dimana peluang yang ada untuk Diploma Pendidikan itu...baiklah kiranya menyambung pelajaran ke tingkatan 6...atau matrikulasi untuk terus ke Ijazah. Tidak perlu membuang masa dan berhutang piutang dengan PTPTN.

Bayangkanlah..untuk situasi siswa.wi pendidikan Diploma yang aku jumpa...rata-rata masuk pada umur 22 tahun sebagai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Umur 22 tambah 4 tahun pengajian di IPTA maka akan grad pada umur 26 tahun. Lazimnya, umur 24 tahun sudah grad jika datang dari STPM manakala yang datang dari Matrikulasi akan grad pada umur 23 tahun. Jimat masa ??? Jimat Hutang ??? mestilah Jimat !!!! Ini yang dimanakan Pelan perancangan pelajaran.

lain pula kalau kes begini....Ambil Diploma lalu kerja. Itu saya sokong !!! Bantahan ditutup sebab dia tahu ambil Diploma untuk dapat kerja cepat. itu bagi kes bukan pendidikan.

Tapi yang pendidikan nie..... kemana hala tuju Diploma Pendidikan ya ? Bukankah guru-guru (guru lama keluaran Diploma pendidikan/ IPG ) sekarang diminta melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda ???

Kenapa masih Wujud Diploma pendidikan ?????????????????????? kelemahan siapa ????  Salah siapa ???? Arghhhhhh.......


Monday, 13 October 2014

Raund Island Persis 2014

^_^ Alhamdulilah.. kali ini Allah bagi peluang untuk turut serta dalam raund island Persis. Dua Kali berpeluang untuk ikut serta iaitu tahun 1 dan tahun 4 nie. Cepat masa berlalu kan.

Tak mahu tulis panjang-panjang. ni dia sikit gambar raund island haritu :P






Sunday, 28 September 2014

~ copy dari Encik Syahr Musafir Zawawi https://www.facebook.com/syahr.musafirzawawi ~
TIPS PERSEDIAAN MENJADI SUAMI KHAS BUAT ORANG LELAKI BUJANG
Selalu kita baca penulisan tentang tips persediaan menjadi suami berkaitan ilmu agama, aspek pekerjaan dan kewangan, persediaan emosi dan teknik memahami tabiat wanita, harta benda dan sebagainya. I am no expert in that. Cuma terniat nak share tentang 7 little things yang ramai orang mungkin kurang aware tentang kepentingannya.
"Aku tengok kamu ini tak buat itu dan ini, kenapa?"
"Nanti apabila dah nikah, aku buatlah!"
"Masa bujang Ibu yang buatkan. Masa dah nikah, isteri yang buatkan. Senangnya hidup kau?"
1) PINGGAN MANGKUK SUDU GARFU PERIUK BELANGA
Jangan pandang remeh kepada tabiat mudah "apabila selesai guna pinggan/mangkuk/sudu/garpu/gelas, cuci segera" kerana impaknya sangat besar. Saya lihat rata-rata orang bujang selalu guna piring letak kuih, apabila dah selesai guna ditinggalkan di atas meja makan. Ada juga yang guna pinggan mangkuk dan sebagainya, ditinggalkan di sinki. Apabila dah bertimbun banyak, barulah membebel housemates mana yang tak basuh pinggan.
Ada satu jenis lagi suka guna sudu atau pisau untuk ambil jem atau Nutella, sapu pada roti. Selepas guna, sudu atau pisau tadi diletakkan atas botol/penutup jem tadi. Alasannya, ada orang lain nak guna selepas tu. Nak dijadikan cerita, orang lain akan gunakan sudu yang lain. Hasilnya sudu/pisau tadi diletakkan di sinki dan sudu/pisau baru akan ditinggalkan di atas penutup/botol sekali lagi.
Semuanya akan jadi mudah jika kita amalkan untuk cuci semua yang kita guna sendiri selepas kita gunakan. Bukannya susah pun.
2) BELAJAR MEMASAK UNTUK KEPERLUAN
Sebelum nikah, Ibu yang masakkan. Atau ada segelintir orang bujang, suka makan di luar sahaja. Katanya, tak perlu belajar memasak sebab selepas nikah, isteri yang akan memasak. Itu kalau kamu dapat isteri yang pandai memasak. Kalau dapat isteri yang tak pandai memasak?
Ringkas sahaja. Belajarlah memasak. Tidak perlu belajar memasak sehingga mampu menjadi seorang chef atau masterchef pun. Belajarlah sekadar keperluan. Masak satu jenis lauk berkuah yang mudah. Contohnya kari ayam, atau sup ayam, atau ayam masak kicap. Kalau malas sangat, ayam goreng. Menu wajib adalah memasak nasi. Ya, nasi putih. Tahu sukatan air dan semuanya.
Apabila dah nikah nanti, boleh tolong sediakan makanan (sedikit kalau tak banyak) semasa isteri sakit atau isteri busy menjaga anak-anak. Sama ada sedap atau tak sedap, itu hal kedua. Perkara pertama adalah tahu memasak. Banyak bezanya seorang suami yang mampu tolong isteri menyediakan makanan dengan suami yang hanya tahu makan sahaja.
It is always a bonus la kalau tahu masak macam-macam. Tak rugi pun belajar. Boleh guna skill memasak untuk pikat hati isteri, bahkan juga hati ibu mertua. Kan sweet!
3) BELAJAR UNTUK TIDAK MEMILIH MAKANAN
Semasa bujang ini, belajarlah untuk makan banyak jenis dan rasa makanan. Bukanlah semua jenis, tetapi pelbagaikan dan banyakkan jenis dan rasa makanan yang kita makan. Ditegaskan di sini, JENIS dan RASA.
"Jenis" merujuk kepada kepelbagaian. Mana tahu nanti suami tekak Melayu bernikah dengan isteri tekak western. Asyik makan spageti hari-hari. Suami telanlah for few days. Selepas tu, pandai-pandailah.
"Rasa" adalah part yang sangat penting. Ingat! Bukan semua lelaki bernikah dengan isteri yang pandai memasak. Ada orang perempuan yang hanya belajar memasak selepas nikah. Jadi masakannya rasa macam ...... (put your own words la ye). Jadi ada bagusnya orang lelaki kalau belajar telan apa sahaja rasa makanan sementara bujang ni. Belajar untuk tidak terlalu memilih. Tawar ke, masin ke, manis ke, telan sahaja for the first few days. Jangan tak makan pula, nanti kebulur. Paling penting, kena jaga hati isteri. Makan je untuk jaga hati! Selepas beberapa lama tu, pandai-pandailah nak cari alasan untuk makan luar atau minta isteri belajar memasak.
4) PAKAIAN
Semasa bujang, cuci baju sekali seminggu. OK je! Tetapi kena mulakan tabiat kumpulkan baju kotor dalam bakul khas. Selepas cuci, jemur sendiri. Selepas kering dan angkat dari jemuran, pastikan pakaian siap cuci tadi diletakkan di tempat yang sepatutnya. Saya pernah lihat rakan-rakan bujang letakkan bakul penuh berisi pakaian di ruang tamu rumah. Sangat menyakitkan mata apabila tetamu datang dan sebagainya.
Letakkanlah bakul itu di tempat yang bukan tempat berkumpul. Dalam bilik ke, dalam almari ke, belakang pintu ke. Barulah rumah tampak kemas.
Apabila dah nikah nanti, isteri pun senang hati sekiranya suaminya kemas dan membantu urusan laundry sebegini.
5) ORGANIZE YOUR BED
Yes, tempat tidur. Selalunya orang akan sebut tentang kemaskan katil selepas bangun daripada tidur. Saya tak mahu ulas poin itu. Saya ingin tekankan di sini tentang kepentingan untuk kita usaha untuk tidur di tempat sepatutnya.
Belajarlah tidur di tempat yang proper. Sama ada katil, sofa dll. Bukan tidur ikut suka mata lelap di mana-mana sahaja. Bukanlah salah, tetapi better jika mampu organize. Apabila dah nikah dan setiap malam main tidur je di ruang tamu atau meja study (kerana terbiasa tidur di mana-mana sahaja semasa bujang), do you expect your wife to be sleeping alone on the bed? Atau nak expect isteri 'usung' atau 'angkut' suami dari ruang tamu dibawa tidur di bilik ke?
6) PULANGKAN BARANG YANG DIAMBIL KE TEMPAT ASALNYA.
"Siapa pula yang nak guna pengetip kuku untuk makan nasi lemak ni?"
"Kau buat lawak ke apa?"
"Dah tu. Kalau dah tahu tak betul, kenapa selepas guna kau tinggalkan pengetip kuku ni di atas meja makan? Letakkanlah atas rak ni, bukannya jauh pun. Sebelah meja makan ni je pun."
Itu kisah housemate lelaki yang komplen pasal orang lelaki lain. Cuba bayangkan kalau 10 kali sehari si isteri 'bercakap' dengan suami tentang ini. Boleh terbakar telinga.
"Ayang, mana kasut abang? Ayang letak mana?"
"Ada tu, ayang letak kat meja makan."
"Kenapa letak kat meja makan pula?"
"Tadi Ayang lapkan. Lupa pula nak return to its place," apabila isteri salah letak barang, suami naik angin marah.
"Ok lah! Abang nak keluar dah ni, nak pergi kerja. Mana kunci kereta? Tak ada pun di tempat letak kunci kereta ni."
"Ada tu. Atas meja makan. Abang letak atas meja malam semalam masa balik rumah."
"Lain kali dah tahu Abang salah letak, tolonglah letak balik," selalu suami salahkan isteri sedangkan suami yang malas nak letak balik barang di tempat asal. Fuh! Macam drama di TV pula scene ni. Heheh.
Dah memang kerja isteri memastikan barang rumah sentiasa teratur. Kalau barang di rumah tidak teratur, kita juga yang marah. Tapi kalau kedua-duanya mengamalkan sikap bertanggungjawab, kehidupan akan jadi lebih mudah.
Cuba bayangkan apabila dah beranak-pinak nanti. Lagilah banyak barang kena organize. Di mana barang keperluan bayi, barang ayah, barang ibu, barang itu barang ini. Takkan nak suruh orang gaji organize semuanya?
7) KEMAS AND TIDYING THINGS UP AS YOU GO
Ini isu penting. Bak kata orang, "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit." Bukan bab menabung je jadi begitu. Bab mess atau sampah dalam rumah pun boleh jadi begitu. Selepas siap memasak, kita biarkan dapur tak dikemaskan. Selepas guna toilet, kita biarkan kesan ubat gigi yang terkena pada dinding. Selepas guna sudu, kita biarkan kotor dan ditingggalkan atas meja makan. Selepas baca buku, kita biarkan di atas lantai. Selepas tetamu pulang, kita biarkan jag air di sinki supaya housemates lain tolong cucikan.
Cuba bayangkan selepas nikah nanti. Anak sepahkan toys, kita kata kejap lagi kita kemas. Selepas suami gunakan tisu untuk lap meja, dibiarkan tepi meja. Selepas isteri memasak, dibiarkan perkakas memasak di sinki. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Dah bertimbun segala ke-tidak-kemas-an, makin bertimbunlah kerja mengemas yang kita nak kena buat.
Kemas as you go. Sikit-sikit. Barulah tak penat. Barulah tak kelam kabut.
PENUTUP
Semasa bujang, itu dan ini tidak dihiraukan sangat oleh si lelaki bujang ini. Katanya, selepas nikah nanti dia akan berubah. Atau pun lebih teruk, isteri akan buatkan semuanya. Alasannya, isteri sayangkan kita maka isteri akan sanggup buatkan semuanya.
Tidak semudah itu. Isteri kita tetap manusia kan. Ibu kita yang sangaaaaat sayangkan kita pun komplen kalau kita silap itu silap ini. Apatah lagi si isteri. Sama-sama bantulah.
Mungkin ada yang menggunakan alasan "Ada 10 orang yang tinggal di rumah bujang saya. Ramai. Tak boleh nak nampak kemas." Not exactly. Ramai atau tak ramai, takkan jadi isu jika semua orang bertanggungjawab. Kalau ramai tak ramai jadi isu, dah nikah nanti tak perlulah tambah ahli keluarga (ie anak) supaya rumah sentiasa kemas? Cuba fikirkan.
Perubahan ini tidak berlaku dalam sekelip mata. Bukan hari ini selesai akad nikah, maka sekaligus kita jadi suami yang bertanggungjawab dan pandai menguruskan segalanya. Tidak! Tidak sama sekali.
Cuba buat sikit-sikit. Usahakan perlahan-lahan. BERMULA SEKARANG SEMASA BUJANG.
Leceh kan nak buat semua ni? Tak apa. Dapat pahala! Niat nak improve dah dapat pahala. Usaha nak improve dapat pahala. Buat improvement lagilah dapat pahala.
Allahu a'lam.
---
Foto: Keluarga kecil kami 31/08/2014 @Adelaide Zoo.
It was valuable to participate in the Charity Walk "Walk With Me" di Adelaide Botanic Garden yang memberi kesedaran kepada para peserta tentang kepentingan untuk menjaga orang istimewa (disabled dan orang kurang upaya). Masa join Walk ini, sungguh rasa betapa bersyukurnya kita dilahirkan tidak cacat.
Walk diakhiri dengan aktiviti jalan-jalan di Adelaide Zoo. Free entry kepada semua peserta Walk yang memakai 'band' oren dan kuning di tangan. The kids had fun. And for us the parents, rasa bahagia melihat anak-anak bahagia. Adik I Yusra baru kebah demam panas, masih ada rashes di badan dan muka menyebabkan nampak merah hitam seluruhnya. Kakak S Tasneem masih selesema. Tetapi cuaca yang cerah dan warm memberikan peluang untuk bersiar-siar. Kakak was soooo excited tengok panda, lions, tigers, monkey including siamang, meerkat, kangaroo, crocodiles dan pelbagai lagi.
Sebagai seorang ayah, I learn to confirm today that kids love animals soooo much.
---Uploaded 03/09/2014---

Tuesday, 23 September 2014

Selamat Bergelar Mahasiswa- mahasiswi !!


Alhamdulilah...tahniah buat semua adik-adik yang mendapat tawaran kemasukkan ke universiti. Sudah pastinya ini adalah impian adik...juga impian keluarga. Kali ini penulisan tentang kehidupan seorang mahasiswa. Tulisan ini dibuat khas untuk adik junior yang minta kak rin tulis buat dirinya yang baru mendapat tawaran universiti.

Teringat kata-kata dari seorang aktivis mahasiswa dari Universiti semasa pertemuan dalam program “Menara Gading” yang dibuat oleh Universiti Malaya di daerah Kunak masa tahun 1 dulu yang menyatakan bahawa “setiap mahasiswa-siswi yang masuk universiti itu inshaAllah akan “Eksklusif” apabila keluar.”

Maksud eksklusif itu mempunyai takrif yang tersendiri mengikut situasi. Terpulang pada diri kita sendiri untuk memberi nilai kepada maksud tersebut.

“Mahal” sebagai mahasiswa-siswi itu bergantung kepada cara mahasiswa-wi mencorakkan kehidupannya di Universiti. Sebagai mahasiswa-wi baru..sedikit tips untuk mereka yang bergelar mahasiswa-siswi.

1-     1-  Persatuan Mahasiswa
Sebagai mahasiswa, persatuan mahasiswa seharusnya dijadikan platform untuk melatih diri dalam bidang kepimpinan. Biarlah jadi kuli-kuli kecil atau ajk kecil saja. Ambil pengalaman dan ambil tahu tentang cara kerja atau prosedur.

Selain itu, persatuan mahasiswa juga harus disertai meskipun sebagai ahli biasa saja. Bukan apa ... sebab persatuan akan menjadi badan yang akan menjaga kebajikan atau juga penyampai maklumat tertentu kepada pelajar. Sebagai contohnya, persatuan anak negeri Sabah lazimnya akan mengadakan perjumpaan khas untuk mendaftarkan pelajar sabah untuk bernaung dalam persatuan. Sekaligus untuk menjaga kebajikan.
Antara bentuk persatuan – Persatuan anak negeri, persatuan berbentuk akademik, Persatuan Mahasiswa Islam dan lain-lain. :P

Alaa daftar saja sebagai ahli...memang banyak program nanti sampai tak tahu nak pilih mana atau tak sempat pergi..tapi sekurang-kurangnya ada pilihan bukan ?????? (kalau kat USM nie...medan ilmu memang banyak....bukan setakat bicara selebriti islamik bagai yang ada..ceramah perbandingan agama pun ada.

2-     2-  Usrah
Usrah ni..tak semestinya kita nak ada kumpulan usrah yang tetap. Tapi sebaiknya ada kumpulan yang tetap yang bolehkan kita aturkan masa untuk buat bulatan cinta tu. Selain ukhwah..ilmu pun dapat. Tapi kalau tak dapat pun nak kmpulan usrah..kat surau asrama universiti pasti ada. Takda kumpulan tetap tak semestinya perlu jauh dari aktiviti usrah ya. Usrah ni pula..akan ada perkongsian jiwa..dalam perbincangan ada teguran..ada ilmu-ilmu baru. Lagi best kalau usrah tu ada kawan-kawan daripada jurusan yang pelbagai..macam-macam ilmu dapat selain peringatan dalam ayat-ayat Al-Quran yang disampaikan.

3-      3-Unit Beruniform/ sukan
Joinlah unit beruniform atau sukan bagi sesiapa yang berminat dan berbakat. Di sesetengah university, aktiviti unit beruniform ini diwajibkan kepada golongan pelajar tertentu. Kalau di USM nie..unit beruniform diwajibkan ke atas pelajar jurusan pendidikan. Yala kan...nak jadi pemimpin persatuan kat sekolah kenalah ada kelayakan.  Unit beruniform di universiti pula ada ujian kelayakan malah ada pentauliahan. Kelana ada “Manik Kayu”...St John pula ada sijil First Aid, Palapes,t dan Navy ada Leftenan Muda. Nahh kan best ! Tapi make sure la sehingga tamat latihan okeh..jangan hangat-hangat tahi ayam.

Sukan pula, sapa kata di universiti tak dapat meneruskan kecemerlangan bersukan tu ??? boleh saja ^^ sebab universiti pun ada sukan. Sukan dalam universiti yang adakan pertandingan sukan antara asrama ...pertandingan sukan antara universiti (SUKIPT) malah yang terbaru sukan Sabah khas untuk siswa-siswi sabah yang belajar di semenanjung. (UUM jadi tuan rumah ^^ )


~~~ sebenarnya tak dapat mahu senaraikan semua aktiviti yang biasanya diadakan oleh universiti..terlalu banyak...tak termasuk pesta pantun..debat..pertandingan tarian..macam-macam lagilah! junior-junior baru kenalah bijak memilih. Tiga tulah yang paling basic nak hidup kay universiti...takda tu...maknanya hidup sebagai mahasiswa-siswi hanyalah sia-sia. 

MT/Exco Sidang 2012/2013


Sukan Sabah di UUM(Siswa-siswi di semananjung saja) 

Bagaimana pastikan Bersih dari Darah Haid?

kali ini bertinta tentang darah haid pula, Yala kan..kita bukan nya nak ambil tahu pun selagi takda orang mahu tanya...atau diri sendiri tidak musykil..

saat - saat akhir darah haid atau bersih dari darah haid yang membolehkan kita untuk solat semula ???  macam mana ? apa tanda-tandanya ?

sebelum itu, ingat ya  wahai nisa..dalam tempoh kita diberikan "cuti" oleh Allah daripada solat....perasan atau tidak bahawa kita ada rasa malas yang sedikit berbeza untuk mula solat semula yakni kembali solat selepas bersih dari darah haid ????? Perasan tak ???

 Itulah yang dinamakan penurunan iman. Perasaan malas punyalah tinggi menggunung. Mulalah kita  mencipta alasan untuk melambat-lambatkan "kembali solat selepas kering darah haid" dengan alasan yang macam-macam. AWAS !!! mungkin itu bisikan syaitan.

sedikit panduan untuk kita ^_^

A ) cecair berwarna putih iaitu ( al-qassah al baida')

cecair ini ada orang panggil "benang putih" yang akan keluar bila saat2 akhir haid.

B ) Kering (jaf) 

Berhentinya darah haid dan keringnya faraj dimana apabila dimasukkan kapas pada farajnya maka kapasnya tetap kering bersih tidak ada bekas darah atau cairan kuning atau keruh.

Imam Nawawi rahimahullah berkata: “tanda berhentinya haid dan datangnya masa suci adalah: darah berhenti keluar dan lendir berwarna kuning dan keruh keluar, maka apabila telah berhenti (darah) maka dia telah suci baik sesudahnya cairan putih keluar ataupun tidak “. Lihat kitab Al-Majmu’.

Perlu diingat, Cecair keruh atau kuning selepas mandi wajib tu tidak di kira sebagai haid. Syaitan sentiasa cuba dan berbuat tipu daya kepada kita agar2 was2 dan melewatkan mandi wajib.

kalau tempatnya belum kering, yaitu masih ada cairan kuning atau keruh, maka jangan tergesa-gesa sampai betul-betul bersih atau keluar lendir tersebut, sebab dahulu para wanita datang kepada Aisyah membawa kapas yang terkena cairan kuning tersebut, lalu beliau berkata kepada mereka: “jangan kalian tergesa-gesa sampai kalian melihat lendir yang putih” Yang beliau maksud adalah betul-betul bersih suci dari haid. Atsar diriwayatkan oleh Imam Bukhari secara mualaq.

sumber : voa-islam.com dan solusi

Saturday, 13 September 2014

Kembali Ke Sekolah Siri 5 ( kks5)

Kembali Ke Sekolah Siri 5
Alhamdulilah...cuti semester 6 sudah berlalu dan cuti sem baru-baru ini juga telah disibukkan dengan program KKS5...bermula dari 10 ogos-16 ogos kali ini ke Ranau-Kota Belud dan Tamparuli.

Dalam KKS kali ini,  "Ajk Kebajikan dan Kerohanian" adalah tugasan atau tanggungjawab yang diamanahkan juga merangkap  orang yang akan menyampaikan slot penghayatan. hehe :P


Smk Kundasang (Ranau)- Smk Narinang dan Smk Kota Belud (Kota Belud) - Smk Tamparuli (Tamparuli)

sepatutnya ke Labuan lagi tapi terpaksa balik awal kali ini.

Teringat pulak KKS3 ...masa tu tahun satu....


Homestay di Kampung Lembah Permai ( Belakang Rumah Gunung Kinabalu...bayangkan kesejukkan nya?)




Kundasang War Memorial dan Kolam Air Panas Poring menjadi destinasi cuti-cuti KKS5 kali ini.

boleh buat photoshoot gambar kahwin kan tempat ni  ? hee ^_^

Pekan Kundasang... Anginnya Sejuk. Untung rumah kawasan ni sebab tak perlu pasang kipas.hee


Kini KKS5 dalam Kenangan
Sesi Penghayatan 


dengan adik-adik yg ceria lagi baik hati :) Ann.. Rusella and Anik.


KKS5 kini dalam Kenangan :) Alhamdulilah.




Wednesday, 27 August 2014

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS)


Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah.

BismillahiRahmaniRahim…

Kali ini tulisan pasal Biasiswa  Kerajaan Negeri Sabah (BKNS)  pula memandangkan aku ini pemegang biasiswa BKNS . Bolehlah adik-adik  tahu sedikit pasal BKNS. Sebagai pemulaannya, penulisan  ini sebagai suatu perkongsian juga tanda syukur sebab Allah telah permudahkan segala urusan dengan anugerah biasiswa yang Allah kurniakan.

Percaya atau tidak bahwa bahawa biasiswa yang diperoleh tidak dijangkakan pun sebab antara kami sekelas, ramai lagi keptusan yang gempak-gempak kata oranglah. Tapi lihat????? Jika Allah menetapkan suatu rezeki buat kita…kita pasti akan memperolehinya ^_^. Sebab itu saya berpegang pada konsep “Belajar kerana Allah..inshaAllah Dia akan permudahkan” masa STPM dulu-dulu tu. J

 Keputusan peperiksaan sebelum masuk universiti dulu bukanlah rangking 3 terbaik . Seramai lebih kurang 9 orang (tak silap aku la hee) yang mendapat kepurusan 3.50 keatas dalam peperiksaan STPM 2010 di Smk Kunak Jaya tuuu..hanya 2 orang saja yang mendapat tawaran biasiswa BKNS dan aku tergolong sebagai si bertuah itu. Tapi Alhamdulilah.. Allah memililih aku dan sahabat sekerja aku yang sama-sama kerja part time dengan aku dlu sebagai guru kelas pemulihan disekolah lama sebagai penerima biasiswa BKNS..Alhamdulilah.

Alhamdulilah..syukur Allah memilih kami walaupun aku sendiri tak jangka pun akan dapat biasiswa tu memandangkan aku sudah pun memohon PTPTN selepas keputusan kemasukan ke universiti diumumkan. Aku tahu aku dapat biasiswa pun selepas sebulan da belajar kat usm. Mulalah aku kalut sendiri di USM sebab apa ?? Banyak benda kena urusakan. Mak..cikgu2 sebagai penjamin dan abg sepupu…budi kalian…hanya Allah yang mampu membalas.

Oklah ..da banyak merapuh..tipsnya bila ?????????

Sebagai seorang pelajar, sumber kewangan sangat penting untuk menjamin kelancaran semasa perbelanjaan sebagai seorang pelajar. Buat adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran nanti..di sini ada sedikit panduan untuk memohon biasiswa kerajaan negeri Sabah.

1.      Permohonan BKNS dibuka pada April biasanya.

2.      Taip saja “ Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah” .

Buka laman web tu..nanti cari pautan pasal permohonan biasiswa.

(andai kata masa permohonan dibuka tu keputusan kemasukkan ke university belum diumumkan lagi…mohon saja BKNS dan tulis dalam bahagian (maklumat universiti = jurusan..nama university) sama macam permohonan UPU kamu tu.

3.      Kenal pasti tarikh buka permohanan atau tutup permohanan.

Contoh. Permohanan dibuka – 1 April 2011

                Permohonan ditutup – 30 April 2011.

4.      isi borong permohanan online.

·         Ingat !!! permohonan BKNS ni sama macam permohonan UPU. Kena ingat password..kata kunci atau sebagainya.Ingat password tu sampai bila-bila dengan mencatatkannya dalam diari peribadi ke…buku catatan ke. Sebab apa??? Sebab kalau permohanan biasiswa ditolak..kamu boleh mohon tahun hadapan lagi tapi dengan syarat masih menggunakan password atau kata kunci yang sama. Jadi harus simpanlah kalau masih mahu mohon BKNS tu.

 

5.      Isi  beberapa bahagian yang diminta. Contoh.: Pendapatan keluarga, keputusan peperiksaann (Jangan Tipu ).

6.      Log out dari lama BKNS kalau da selesai isi semua maklumat yang diminta.

7.      Tunggu sehingga permohonan diluluskan yang lazimnya diumumkan pada September. ( mesti ingat kata kunci kamu tu ya…sebab mahu semak status pun pakai kata kunci yang sama.

8.      Kalau permohonan lulus ??? ucapkanlah Syukur Alhamdulilah..jadilah hamba dan siswa yang taat nanti. ^_^. Seterusnya..banyak urusan kena diselesaikan terutamanya soal penjamin dan perjanjian Biasiswa berserta syarat-syaratnya.
~ untuk pengetahuan juga..orang kata BKNS nie susah mahu dapat..ada kaitan juga pasal pengenalan diri dan latar belakang sebab org Sabah nie biasanya ada masalah dari segi pengenalan diri..ada yang dapat IC selepas memegang passport terutama nya ibu bapa...atau juga berkaitan dengan taraf bumiputera. Jadi..kalau tidak dapat....jangan putus asa..boleh cuba biasiswa lain. :)

 

Nanti dikongsikan lagi ^_^.

Sunday, 18 May 2014

Muslimin Pilihan Muslimah

 Alhamdulilah... Allah masih memberi kesempatan untuk bertinta pada kali ini dengan entry
 " Muslimin Pilihan Muslimah "

umur-umur 20 an ni normal la dengan  persoalan tentang nikah kan ?? Itu tandanya dirimu serius dalam mencorakkan masa depan dengan memilih "si dia" calon yang sesuai :)

Ada dalam kalangan sahabat lain yang memandang sepi dalam soal ini dengan alasan "masih awal"..betulkah masih awal ? atau dirinya takut mengalas tanggungjawab dalam sebuah pernikahan ? Ya Segala kemungkinan itu ada..

Tapi sahabat, soal ini bukan soal main-main. Bukan juga soal cuba-cuba. Maka tidak wajar ia dipandang sepi dengan alasan retorik..Tidak !!! Kerna hakikatnya...mereka yang "masih awal" itulah yang menjadi bakal ibu bapa yang miliki anak bukan anak generasi Quran.

lalu bagaimana ? Bagaimana pilihan hati mu ? Awal atau tidak jelas matlamat sebuah pernikahan? sebelum itu, sedih melihat pasangan bercinta hari ini, lebih ramai yang lupa pada matlamat perkahwinan yang asal.

 Mempunyai anak-anak penyejuk mata adalah sebuah impian, tapi tindakan sebelum perkahwinan itu mewariskan sebuah kedurjanaan pada waris-waris mereka. Mana janji awal mahu membina keluarga yang mendapat keredhaan Allah ????

Allah..Allah..Allah..pelihara aku dan pasangan ku..jadikan kami dalam pemerhatianMU Ya Rabbi.

~ Pilih la yang beragama.

Apapun pilihan mu wahai akhi dan ukhti ^_^ pilih la mereka yang memiliki agama..pilihlah mereka yang meletakkan agama sebagai perkara Utama.

kenapa perlu pilih mereka yang meletakkan agama sebagai perkara utama ?
 sebabnya.... inshaAllah yang beragama akan memimpin kita ke Syurga. ^_^


Kita ini umat akhir zaman...Generasi yang beragama itu sukar sekali dibentuk kerna pangkal nya sudah "bengkok" mana mungkin dapat yang lurus. Ini juga ingatan buat aku dan kita semua. Risau kan..hari ini ramai yang meletakan agama sebagai tarikan untuk mendapatkan gadis pilihan. Ramai yang berpura-pura ..jauhkan kami dari golonga munafik.

~Pilih yang Rajin

Rajin dalam sebuah rumah tangga itu sangat perlu. Tugas isteri dalam rumah tangga bukan hanya untuk. Membasuh pakaian, masak..menjaga anak..bukan tugas isteri semata-mata. Rasullulah S.a.w Junjungan besar kita juga membantu isteri dalam urusan rumah tangga. Isteri bukan pembantu rumah"..bukan untuk simpan di rumah tapi bawalah dia dalam perjuangan Islam mu dengan tidak menafikan sebaik-baik pekerjaan adalah suri rumah.(melayan suami dan  mendidik para mujahid dan mujahidah muda untuk masa hadapan)

 Sang Suami...dirimu perlu relevan dengan situasi hari ini..wanita hari ini sudah miliki pendidikan..sudah punya aura di dalam setiap perjuangan yang di impikan nya.

Bayangkan jika suami malas membantu dan tidak biasa melakukan kerja-kerja rumah...semasa isteri dalam pantang selepas melahirkan anak, apa mahu mengharapkan ibu mertua menjaga sang isteri 24 jam ? Atau pembantu rumah ?? Mana prihatinnya dirimu sebagai suami?? Ingat,. dia memilih dirimu kerna percaya kau akan menjaga dirinya..susah senang..sihat dan sakit..apa lagi selepas kesakitan melahirkan zuriatmu. Fikirkan.

~Pilih yang beradab

Kriteria ini perlu ditimbangkan secara serius sebab ada yang berpura-pura baik sebelum mendapatkan diri kita..bila da sah..da nikah...mula la tunjuk peragai..naik minyak...sampai ada yang sanggup halang isteri dari memberi nafkah kepada kedua ibu bapa...malah sepatutnya sebagai menantu lelaki..membantu keluarga mertua itu juga merupakan tanggungjawab penting yang bukan hanya digalas di bahu isteri semata-mata.

Teringat Kekasih Allah.  Para suami harus jadikan Rasullulah S.a.w sebagai ikutan utama.

http://www.youtube.com/watch?v=aGwGZndBC4g

Saturday, 26 April 2014

Meneroka Bandar Warisan Taiping




Alhamdulilah....tahun 3..semester kedua hampir sampai ke penghujungnya. setiap semester ada saja tugasan yang akan membawa kami keluar meneroka pengalaman baru sebagai seorang bakal guru. Kalau dulu dalam Kaedah mengajar sejarah 1, kami memilih Negeri Sembilan...Kali ini dalam Kaedah mengajar Sejarah 2 kami ke Bandar warisan Taping Perak.

20. April. 2014 ~ kenangan diukir akan menjadi Sejarah...dan Sejarah itu sebahagian dari kami.

mcm biasa..Keluar dari Pulau Pinang ni sebaik2nya waktu subuh. Ini antara program paling awal yang kami kena berkumpul iaitu jam 4.30 pagi di Padang Kawad Usm. awalnya...banyak-banyak program...inilah paling awal..mula lah aku..alaa.Relek ar..ramai lagi tu lwat....rupanya....fuhh suma da ada...sbb takut kat Dr.

Meriah subuh tu dengan agihan barang..agihan roti dan air. Terasa macam budak sekolah pula. ada yang berangan nak makan nasi lemak jam 4.30am tu....rasa nya bukan sbb lapar tapi sbb angin masuk kowt. Rindu kalian semua nanti :)

4.30 tu belum subuh lagi okeh..kami akan subuh and sarapan sekali di R & R bahagian Perak tp ceq da lupa R & R mana...hee..kali ini juga agak unik la...sbb kami dibekalkan RM10 seorang...banyak penajaan la kowt ^_^

malas da mahu menaip...nahh gambar...sbg kenangan.



 kami bergambar kat depan bas ni...sbb ni bas Medic n Pergigian.....haha....bas ni cantik..besar....takda nama Usm kan ?? Rupa nya ni bas USM juga..baru tahu,,,,awat takda logo usm ???  Terima kasih kepada YDP USM ^^ sebab dapatkan bas ini untuk kami...al maklum...YDP juga classmate kami..giler MPP takdapat bas ?? hee 



 bersama dua budak ni..buat aku rindu :P tetttttttttt....
hek eley......


Kami di bahagikan kepada beberapa kumpulan di sekitar Taiping..kami dipecah-pecahkan..dan ini ahli kumpulan aku. ada seorang sesat sini....dia dalam kamera semua orang muka dia ada ^^ 

Cikgu Dayah...cikgu Ayu..cikgu Ila ^_^ 

 perkarangan Galeria Pertama...sebenarnya galeria tu rumah lama.


 karya anak kepada pemilik Galeria ini




 Cikgu Dini...Cikgu Balqis..Cikgu Eilah
 ini di dalam bilik kebal..mula2 takut la juga nak jenguk atau masuk...tp bila da dapat arahan En Anuar (Pemilik Galeria Pertama) untuk masuk....baru masuk....agak sejuk dalam bilik kebal ni

 Logo yang ada pada peti besi di dalam bilik kebal


 menyampaikan penghargaan kepada Encik Anuar kerna sudi menerima kedatangan kami.
nampak usang kan bangunan ni...tap inilah kami...kami suka pada bangunan lama mcm nie..bangunan ni betul di hadapan Galeria Pertama.. info yang ada setakat ni..bangunan ni ada masalah dari segi hak milik..so tak dapat nak baiki dan guna pakai bangunan ni buat masa terdekat..Dalam perancangan bangunan ni akan dibuat hotel...Kalau da siap..aku dapat bayangkan dekorasi yang ada dalam bangunan tu ala-ala Inggeris.


Selesai kerja di Galeria Pertama,..kami berkumpul di Muzim Matang Perak. (ada ahli kumpulan lain disana yang sedang menanti kami)..Muzium Matang sebagai tempat berkumpul..ada 3 kumpulan iaitu - Kumpulan Bukit Larut..Galeria Pertama dan Kumpulan Muzium Matang.

Muzium matang ni best ^_^ Sbb tempat Ngah Ibrahim dan Long Jaafar. Penemuan demi penemuan kami dapat. Pemilik Galeria Pertama adalah keturunan Long Jaafar dan Ngah Ibrahim..maka tidak hairanlah kan En Anuar Bersungguh dalam mengkaji keturunannya.

 ini lah dia Rumah Ngah Ibrahim... memang tertarik dengan Sejarah Ngah Ibrahim ni sebab dia lebih kaya daripada Sultan Perak pada ketika itu. pengusaha Bijih Timah di Tanah Melayu yang mentadbir Larut. Perak masa itu belum wujud....yang wujud ialah Larut. Ngah Ibrahim mewarisinya daripada Long Jaafar. sekarang rumah nie jadi Muzium yang dipanggil Muzium Matang.

~ kajian mendapati bahawa Long Jaafar membawa masuk lebih awal pelombong Cina iaitu dalam  20 orang untuk mengusaha Lombong manakala semasa Ngah Ibrahim ambil alih plak..beliau membawa lebih banyak pelombong Cina dari Pulau Pinang. bukannya British yang bawa masuk.

~ Hubungan Larut dengan Pulau Pinang sangat dekat sbb hasil bijih akan dibawa ke Pulau Pinang. Yang menariknya lagi, Di Penang..jalan Manteri..masih terdapat rumah kedai milik Long Jaafar sehingga hari ini.

~ Larut mendpat nama kerana si larut (gajah) yang menemui Bijih Timah apabila si larut hilang beberapa hari di hutan dan kembali kepada tuannya..tuannya melihat ada kerdipan di bahagian kaki si larut. maka pencarian pun bermula ^^..lalu ditemuilah bijih Timah.

~  Ngah Ibrahim yang telah dibuang negeri tu dikatakan tidak dimaklumkan tentang pembuagan tersebut..mgkin sebab itu beliau pergi sehelai sepinggang dan meninggalkan keluarga di sini. 

 perkarangan rumah Ngah Ibrahim. Besar dan ada tembok batu.hadapan rumah pula ada meriam.

 replika kisah si Larut. kaki terbenam di dalam lumpur yang ada bijih Timah,



 salah satu bilik tahanan di dalam Runah Ngah Ibrahim sendiri yang dibuat oleh British. Antara tokoh yang pernah dipenjarakan ialah Dato Maharajalela dan Ngah Ibrahim sendiri.

 Bijih Timah..kecik ja...berkilau. (pertama kali jugak aku tgok bijih timah nie.....yang ni da diproses okeh...nampak tak kilauan?)



 Rumah Ngah Ibrahim ini dijadikan pejabat pentadbiran British selepas British ambil alih.

 Kamar Ngah Ibrahim.. beliau seorang yang sangat kaya dengan perabot ukiran dan sulaman pada cadar tilam.
  Staf Muzium Matang ini ada cerita sikit...semasa hari jenazah/ kubur Ngah Ibrahim ditunggu dari Singapura untuk dimakamkan semula di perkarangan rumah Beliau di tepi rumah nie....pada hari tu jugalah.... Bilik ini umpama ada "orang" yang sedang baring di atas tilam tu..cadar yang kemas kelihatan seperti ada yang usik...staff yang naik ke bahagian atas untuk tgok keadaan sekeliling sedikit terkejut seperti ada orang lalu dengan laju. tapi firasatnya mengatakan ia bukan " Ngah Ibrajim" kalau betul itu adalah roh atau sebagainya...yang pasti ia bukan "Ngah Ibrahim"..tp mungkin Sultan Perak kataya. kenapa benda tu muncul semasa hari jenazah Ngah Ibrahim hendak dipindahkan.
~ Tidak mustahil bukan..roh yang tidak tenang.~

 Rumah Ngah Ibrahim ini juga dijadikan mahkamah oleh British rentetan peristiwa pembunuhan Jww Birch oleh Dato Maharalela dan sahabat2nya yang lain.  

 Makam Ngah Ibrahim selepas dipindahkan.



selesai saja kajian..kami ke kedai Mak Jah di Kuala Sepetang untuk makan Mee Udang. Ini Mee udang biasa..mee udang special da habis katanya.  ~~~ 
 

Blogger news

Blogroll

About